BAB
8
Pagi
itu Q terpaksa ponteng kelas. Entah mengapa selepas dia menunaikan solat subuh
tadi perutnya terasa amat sakit. Dia juga mengalami muntah-muntah dengan teruk.
Mungkin terlalu banyak makan rojak buah dan mee goreng mamak yang pedas.
Silapnya juga kerana makan sampai tak ingat dunia.
“Q kau okey tak? Aku tengok muka kau
pucat sangat ni. Kau tak payah pergi kelas lah. Nanti aku salinkan nota untuk
kau tau. Kau rehat aje kat rumah. Nanti lepas makan ubat InsyaAllah okey. Kau
jangan banyak bergerak tau. Itu kat atas meja belajar aku dah buatkan air
horlick dan roti bakar. Nanti makan tau.” Pesan Ila terus berlalu meninggalkan
Q berehat.
Q
hanya diam. Air horlick dipandang. Fikirannya melayang lagi mengingati Ar.
Dulu, sewaktu disekolah kalau penyakit gastriknya datang menyerang, Ar lah
orang pertama yang akan risaukan dirinya, tapi sekarang? Semuanya di lalui
sendiri. Walaubagaimanapun dia beruntung bila dia mengenali Suhaila. Suhaila
banyak membantunya. Telefon bimbit Q berbunyi. Siapa pula yang call pagi-pagi ini.. getus hatinya.
“hello” jawab Q dengan suara yang
serak menahan kesakitan.
“Assalammualaikum.. Q, awak kenapa
ni? Tak pergi kelas ke?” tanya Aril risau.
“Waalaikumsalam, Q tak sihat lah
Aril. Itu yang terpaksa skip kelas.”
Luahnya malas.
“la.. kenapa tak beritahu Aril.
kejap lagi Aril sampai, Aril bawa Q pergi klinik okey. Dah tunggu Aril sampai.”
Tegas Aril.
“Aril… tak..” sayangnya Aril telah
menamatkan talian. Begitulah sikap Aril, dia tahu jika dia tidak bertindak
sebegitu, gadis itu langsung tidak mahu menerima pertolongannya. Dia ikhlas,
menyayangi dan menyintai gadis itu. Cuma Q sahaja masih belum boleh menerima
insan lain didalam hatinya. Terlalu cepat Aril berubah, sejak dia mengenali
gadis bernama Quraisyah. Terlalu cepat Aril mesra dengan Q. Inilah yang
dikatakan kehendak Allah. Semuanya boleh berubah dalam sekelip mata. Aril terlalu
sempurna buatnya, sehinggakan terlalu sukar untuk dibalas segala kebaikan Aril
terhadapnya. Ah.. Aril kau hadir tepat pada masanya, tetapi untuk aku izinkan
kau berlabuh dihati ini, terlalu sukar
untuk aku. Hati ini seperti sudah terkunci buat lelaki. Kenapalah ini semua
terjadi…
“hello..Q, Aril dah dekat luar ni.
Kita pergi klinik ye..”
Q
melangkah perlahan-lahan menuruni tangga. Dia hanya sempat mengenakan selendang
dikepalanya. Anak rambutnya sedikit kelihatan didahi.
“kenapa Aril suka susah-susah untuk Q? Q okeylah. Gastrik sikit
saja..”
“Q nak cakap apa pun cakaplah, yang
penting bagi Aril Q sihat. Aril tak mahu apa-apa berlaku dekat Q. Q fahamkan?
Dah Q baring dulu dekat kerusi ni eh. nanti sampai klinik Aril kejutkan Q.”
cadang Aril sambil membaringkan sedikit seat kereta waja miliknya.
“thanks” ucap Q terus melelapkan
mata. Hasrat hati ingin dihapuskan segala kesakitan tetapi apakan dayanya,
tanpa ubat bagaimana penyakitnya itu boleh berkurangan.
Aril
memerhati wajah yang terbaring lesu disisinya. Hatinya sedikit tercuit bila
melihatkan rambut Q yang panjang tersisir rapi. Rambutnya lurus dan
keperang-perangan. Wajahnya tampak pucat, bibirnya sedikit merah walau tanpa
secalit gincu. Cantiknya dia..desis hati kecil Aril. Siapalah lelaki yang
bertuah dapat bertakhta dihati Q. kenapalah lelaki itu tinggalkan Q? Bodohnya
dia… kesian Q, menderita dan sengsara. Cintanya mati ditengah jalan. Ah..
terlalu berat dugaan yang kau tanggung sayang.. Aril bermonolog sendiri.
Selesai
membuat pembayaran di kaunter, Aril memapah Q untuk berjalan menuju ke kereta.
“kenapa Q tak cakap Q ada sakit?”
Tanya Aril ingin tahu.
“alah..gastrik aje, bukan sakit yang
bahaya sangat pun. Tak usah lah risau sangat.” Jawab Q selamba.
“Q, gastrik tu bahaya, Q tahu tak? Kalau
kita tak jaga boleh kena appendic. Q janganlah ambil mudah perkara macam ni.”
Marah Aril tiba-tiba. Jelas kerisauan diwajah lelaki itu apabila doctor
menerangkan kedudukan sebenar penyakit Q, yang Q sendiri ambil mudah.
“Aril ni kenapa? Dah macam ibu Q
pula. Jangan lah jadi ibu Q 3.0 pula. Q tak suka lah. Aril lebih-lebih.
Sudahlah Aril turunkan Q dekat bus stop
kat depan itu. Biar Q balik naik bas
aje. Maaflah kalau selama ini Q selalu susahkan Aril. Takde niat nak
menyusahkan sesiapa termasuk Aril okey. Nanti duit ubat Q bayar balik.” Luah Q.
Hatinya sebal. Dia membuang pandangannya keluar tingkap dengan harapan Aril
akan menurunkannya di hentian bas. Q silap, Aril hanya meneruskan perjalanan
tanpa mempedulikan permintaannya.
“Aril! Tadikan Q suruh Aril berhenti
dekat depan tu. Kenapa Aril terus?” Tanya Q. Aril masih terus membisu. Marah ke
Aril dengan aku? Getus hatinya.
Lama
mereka membisu. Mendiamkan diri lebih baik dari menambah sakit hati. Sesekali
Aril turut menyanyi mengikut alunan muzik yang dimainkan di radio. Lagu
penyanyi Aliff Satar sedang berkumandang dicorong radio.
Semua tahu kamu cantik,
Semua tahu kau menarik,
Kau bidadari terhebat,
Membuat cintaku makin kuat,
Kadang
kali ku cemburu buta,
Saat
ramai mata terpesona,
Dan
lebih saat aku mahu pergi,
Disaat
engkau aku curi..
Please..please..please..kamu jangan
nakal,
Ke pergi sebentar bukan untuk curang,
Oh..please..please..please..kamu jangan
nakal,
Nanti aku datang bawa yang kau pesan.
Q hanya jadi pemerhati. Sikap bersahaja Aril
membuatkan Q senang bersamanya, Cuma kadangkala sikap Aril yang suka mengambil
tahu membuatkan Q tidak menggemarinya.
Sikap Aril yang kuat membebel macam mak nenek
membuatkan Q naik rimas.
“Q, kita pergi makan
dulu ye sebelum Aril hantar Q balik.” Ajak Shahril.
“em.. tak payahlah.
Q ingat nak tapau je. Lagipun Q tak selesalah pakai macam ini.” Ucap Q seraya
memegang kepalanya yang hanya ditutupi seledang.
“kenapa? Pakai macam
ini tak boleh ke? Baru Aril nak ajak makan. Macam tak ada selera pula makan
seorang.”
“Aril ni, mula lah
tu nak mengarut-ngarut. Tak apalah lain kali sahajalah. Maaf ye Aril, Q minta
maaf sangat-sangat.”
“okeylah kalau Q dah
cakap macam itu. Aril tak boleh nak paksa.” Tapi Aril nk singgah 7eleven dulu.”
“okeylah” jawabnya ringkas.
10 minit kemudian.
“amboi
banyaknya beli? Habis ke makan seorang ni?” Tanya Q sambil memerhatikan Aril
yang membimbit 2 buah beg plastic.
“tak habis pun,
mesti kena habiskanlah. Kalau tak rugi..”
“oh ye ke? Ye lah,
Aril dah beli makanya Aril kenalah habiskan sneak tu”
Aril hanya tersenyum…
“okey dah sampai. Q
masuk rehat, lepas tu makan nasi dan makan ubat. Okey?” pesan Aril.
“okey Aril, thanks. Sebab susah-susah tolong Q.
Mungkin petang ini Q tak dapat masuk kerja, nanti tolong beritahu pada Encik manager eh? Terima kasih Aril.”
“you’re most welcome. Lagi satu ini semua
Aril beli untuk Q. Kalau lapar-lapar boleh makan. Q kan gastrik, jangan
tahan-tahan kalau lapar pula.” Pesan Aril.
Q hanya membeliakkan matanya melihat 2 beg
plastic yang sudah bertukar tangan. Kenapalah kau baik sangat dengan aku Aril?
Tanyanya dalam hati.
No comments:
Post a Comment