Andai benar kita suka, pasti kita mengutamakannya.. Andai benar kita kasih, kita takkan biarkan dia tersisih, Jika benar kita sayang, kita takkan benarkan dia hilang...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 4 July 2012

Takdir buat Q (bab 10)


BAB 10
Seperti biasa jam 3 petang, Q sudah bersiap untuk memulakan tugasnya di Restoran makanan segera. Hari ini dia mendapat satu suntikan semangat yang baru. Ah, biasalah bila Juliet dah jumpa romeo yang baru.. Q tersenyum sendirian.
           
“kau ni kenapa? Sengih seorang-seorang. Sewel ke ape?” ila menegurnya.
           
“kau ni Ila kalau tak kacau aku satu hari tak sah agaknya hidup kau kan?”
           
“eh, marah pula. Betul apa, dari tadi aku dok perhatikan kau, asyik sengih seorang-seorang, kenapa?”

Aril hanya memerhatikan Q dari dapur. Dia perasan sejak dari Q masuk memulakan tugas, bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Senyum sebab dia pergi jogging dengan aku atau sebab bf dia dah contact dia balik? Aril bermonolog sendiri. Ah, pedulikanlah..getus hatinya.
           
“Ila..” panggil Aril.
           
“ada apa? Aku sibuklah.” Ila memberi alasan.
           
“alah, kejap aje lah. Sinilah..” panggil Aril lagi.
           
“kau yang panggil aku, kau lah datang sini.” Balas Ila lagi.
Aril hanya memberi isyarat matanya memandang ke arah Q. Niatnya untuk bercakap bersendirian dengan Ila. Dia tidak mahu Q dengar apa yang ingin dia sampaikan. Ila faham, dia segera melangkah ke tempat Aril.
           
“ada apa?” Tanya Ila.
           
“nanti malam biar aku yang hantar Q balik boleh? Kau bagilah apa-apa alasan eh.” Pinta Aril.
           
“eh kenapa pula? Aku nak cakap apa kat dia? Kau jangan main-main Ril..” marah Ila.
           
            “kau ingat aku ni jahat sangat ke? Aku nak bawa dia pergi makan aje  lah. Lepas makan aku hantarlah dia balik. Ala.. Ila kau tolonglah aku eh..please..” Aril merayu.

Q hanya jadi pemerhati. Entah apa pula yang dibualkan oleh dua orang sahabat itu.Q tidak dapat mencuri dengar kerana keadaan terlalu hingar bingar dek suara kanak-kanak menangis dan  ketawa. Ah.. lantak lah..
           
            “yelah..yelah.. tapi kau kena jujur dengan aku, kau suka Q eh?” Tanya Ila tiba-tiba.
Aril hanya membalas dengan senyuman. Fahamlah Ila kini mengapa Aril benar-benar mengmbil berat tentang Q. Alhamdulillah, kalau benar Aril sukakan Q, sekurang-kurangnya Q dapat lupakan Ar, lelaki yang pernah meletak harapan dan janji dihatinya suatu ketika dahulu.
           
            “suka lah tu..” getus Ila berlalu pergi. Mindanya ligat berfikir apa alasan yang sepatutnya dia beri untuk memberi peluang kepada Aril mengenali Q dengan lebih rapat lagi. arghh.. aku pula yang susah.
           
            “Q, balik ini aku ada hal ljah. Nak jumpa kawan.”
           
            “ha? Kau nak kemana? Habis nanti aku nak balik macammana?” Tanya Q lagi.
           
            “oh.. itu kau jangan risau. Aku dah minta tolong dekat Aril supaya hantar kau balik rumah. Lagipun malam-malam macam ini, mana nak dapat teksi kan? Kau tak kisahkan naik motor?”
           
            “ha? Naik motor? Tak apalah aku naik teksi aje. Lagipun kalau jiran-jiran Nampak nanti kata apa pula?” tolak Q baik.
           
            “dah malam-malam macam ini mana nak dapat teksi? Kau tak takut ke naik teksi malam-malam, buatnya…” belum sempat dia menghabiskan ayatnya Q terlebih dahulu mencubit lengannya.
           
            “kau jangan nak merepek boleh tak? Okey lah aku balik dengan Aril”
           
            “yes!
           
            “kau ni kenapa pulak?” Tanya Q hairan.
           
            “tak ada apa-apalah. Tak akan lah aku nak cakap macam tu pun tak boleh?”
           
            “dahlah malas aku nak layan kau. Lagipun dah nak balik ni, aku nak kemas-kemas.” Q terus melangkah meninggalkan Ila sendirian.
            “okey, take care yourself my dear.
           
            “terima kasih.”
Ila hanya menunjukkan ibu jarinya kearah Aril tanda menjadi. Aril tersenyum sendiri.
           
            “fuh, aku pula yang nervous tengok kau. Kau rilek aje?”
           
            “kau jangan nak cakap yang bukan-bukan boleh tak? Dah lah pergilah cepat jumpa kawan kau tu. Cepat pergi cepatlah balik. Lambat balik tidur luar tau.”
           
            “kau ni Q, aku takut kau pula yang kena tidur kat luar.” Seloroh Ila pula.

Q tersenyum. “Sudahlah kau. Ish.. lambat pula Aril ni.” Marah Q.
           
            “okeylah Q, aku gerak dulu. Hati-hati tau, kalau kau takut kau peluk Aril kuat-kuat, alah macam yang selalu kau buat kat aku tu..” gurau Ila lagi.
           
            “amboi, mulut kau tu tak ada insuran kan? Nanti karang makan pula safety shoes size 11..” getus Q marah.

Ila bergerak laju menuju ke motosikalnya. Hatinya terusik sedikit apabila mengenangkan Q pulang bersama Aril. Sekiranya berlaku apa-apa terhadap Q pasti dia tidak akan dapat memaafkan dirinya sendiri.
           
            “ehem.. jauhnya termenung? Ingat kat siapa?” tegur Aril pada Q.
           
            “amboi, yang Aril ni lambat sangat kenapa? Penat tau dok tercongok tunggu Aril kat luar ni.”
           
            “sorry la Q, tadi Aril bersihkan kitchen. Maaf ye..” rasa bersalah tiba-tiba menerpa dalam dirinya.
           
            “tak apalah, tak lama mana pun tunggu. Sikit punya hal.”
           
            “ada sweater tak? Dah malam ni sejuk sikit.”
           
            “alamak! Baju panas Q dalam scooter Ila. Lupa nak minta, tadi Q ambil helmet je. Macamana ni?” ungkap Q sambil memicit-micit dahinya.
           
            “dah lah, pakai baju Aril je. Ambil ni.” Aril menghulurkan baju panas miliknya. kini baju panas telah pun bertukar tangan.
           
            “tapi nanti Aril sejuk pula.”
           
            “tak lah, Aril dah biasa. Lagipun Aril pakai hand glove ni, tak lah sejuk sangat kot.”
           
            “thanks Aril” Aril mengenyitkan matanya. Dia berani melakukan aksi sebegitu kerana dia pasti Q langsung tidak nampak akan perbuatannya.
           
            “Aril jangan bawa laju-laju tau. Ila tu selalu bawa laju. Dah lah Q ni penakut sikit” Q berpesan.
           
            “tak lah, tak akanlah Aril nak bawa laju-laju pula. Q, kita pergi makan dulu nak tak? Aril laparlah, boleh?” Aril meminta persetujuan. Dia tahu mungkin Q akan menolak dek kerana hari sudah menjangkau ke lewat pagi.
           
            “tapi dah lewat sangat ni, besok pagi Q ada kelas” terang Q.
           
            “okeylah, tak apalah.” Jawab Aril hampa. Jelas kehampaan di wajahnya. Namun bagi Aril itu bukanlah sesuatu perkara yang berat, baginya dia sudah diberi peluang untuk menghantar gadis itu pulang sudah cukup bernilai baginya. Gadis ini dipuja, di tunggu, dirindui selalu.
           
            “eh! boleh lah. Q teman Aril makan je tau. Q tak nak makan.” Tiba-tiba Q mengubah fikiran.
           
            “thanks dear.”
           
            “you’re welcome”.

Aril dapat merasakan dirinya bahagia bila bersama Q saat itu. Niat hati ingin diluah segala yang terpendam, dengan harapan Q juga akan menerima dirinya seadanya.
           
            “Q tak nak makan ke?” tanya Aril.
           
            “tak mahulah. Q dah kenyang. Aril makanlah, Q temankan je.”
Aril hanya mengangguk. Lama mereka membisu, Q hanya melayan perasaannya dikala malam melebarkan sayapnya. Saat ini pasti tidur lah yang menjadi jawapan yang tepat buatnya. Aril hanya memerhatinya melalui ekor mata miliknya. Dia menjadi serba salah, dia tahu dia tidak sepatutnya mengajak Q keluar, kerana besok Q ada kelas pagi.
           
            “Q, boleh Aril tanya sesuatu?”
           
            “tanya apa? Tanyalah, banyak pun boleh.”
           
            “bf Q dah contact Q?”
Q hanya menggeleng. Aril pasti jawapan Q melalui gelengan kepala gadis yang duduk dihadapannya.
           
            “habis tu, Q tak cuba contact dia ke?”
           
            “malas lah, orang dah lupakan kita. Lagi pula tak akanlah kita nak terhegeh-hegeh lagi? Q masih lagi pegang pada janji, Cuma buat sementara ini biarlah kami macam ini. Buat haluan masing-masing.”
           
            “oh, kiranya Q masih tunggu dia lah ni.”
           
            “bukan tunggu dia, tapi tunggu penjelasan dari dia. Entah-entah dia dah pun jumpa orang yang paling baik dari Q kot?”
           
            “aik? Pakai kot-kot pula..”
Q ketawa, Aril juga turut ketawa mendengarkan penjelasan yang diberikan.

No comments:

Post a Comment