Andai benar kita suka, pasti kita mengutamakannya.. Andai benar kita kasih, kita takkan biarkan dia tersisih, Jika benar kita sayang, kita takkan benarkan dia hilang...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 27 September 2012

Takdir Buat Q (bab 11)



BAB 11
Sepanjang perjalanan Q dan Aril hanya membisu. Memang sukar untuk berbual jikalau menaiki motosikal. Lainlah berada didalam kereta. Tetapi itu bukanlah suatu perkara yang buruk buat Aril kerana baginya dia akan lebih selesa bila selalu berada disisi gadis itu. Aril terkesima tatkala dia rasakan seperti Q sedang melentokkan kepalanya dibahu Aril. Perasan dengan perubahan drastic Q membuatkan Aril sedikit tersentak. Ah.. biarkanlah, mungkin dia dah boleh terima kau agaknya..bisik satu suara. Aril tesenyum.
Masa amat mencemburui mereka, waktu terasa bagai bergerak pantas. Aril memberhentikan motosikalnya dihadapan pagar rumah Q, Q masih lagi membisu. Aril menolehkan kepalanya sedikit ke belakang. La.. tidur rupanya Q..desis hati kecilnya.
                                                                                                           
            “Q bangun, dah sampai rumah Q dah.” Kejut Aril menyentuh lembut pipi gadis itu.
            “ha? Dah sampai ke? Maaf lah Aril, Q tertidur. Mengantuk sangat, maaf ye landing kat bahu Aril.” ucap Q malu.
            “tak apa lah, Aril tak kisah pun.”
            “terima kasih Aril sebab hantar Q. maaf sangat-sangat sebab susahkan Aril.”
            “Q, kan Aril dah kata, Q tak pernah pun susahkan Aril. Aril senang sangat berkawan dengan Q.”
            “okey, thank you once again and good night.
            “good night Q and sweet dream” Aril berlalu dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya, selepas dia memastikan Q betul-betul selamat memasuki rumah. Arghh.. bahagianya aku  rasa, desis hatinya.

Ila tersedar apabila terdengar bunyi seperti seseorang sedang membuka pintu rumah.
            “la..kenapa tidur kat sini pula?” tegur Q
            “aku tunggu kau balik lah. Kenapa lambat sangat?” tanya Ila terpisat-pisat apabila terjaga dari tidurnya.
            “sorrylah, aku teman Aril pergi makan tadi. Kau cakap dengan aku tadi kau keluar jumpa kawan. Awalnya balik?” tanya Q pelik.
            “em..haah  mula-mula tu memang nak jumpa si Malik tu, sebab dia telefon banyak kali kata nak jumpa, ada hal. Last minute tak jadi pula. Angin betul aku, tu yang aku terus patah balik rumah.”
            “dah tahu tak jadi, apa hal tak telefon aku? Ambil aku ke masa kat kedai makan tadi?” marah Q.
            “ala..sorry la, lagipun bukannya aku tahu kau orang makan kat mana? Orang nak bagi dia peluang dating, dia marah kita balik pula.” Getus Ila.
            “hangguk kau dating. Dah lah aku mengantuk, esok ada kelas pagi tau.”
            “okey, good night Q, sweet dream. Eh, kejap! Kau pakai baju siapa ni?” tanya Ila pelik.
            “alamak.. baju Aril. Lupa aku  nak pulang. Ini semua kau punya pasallah. Okeylah bye..”
            “kau nak ke mana pulak?”
            “nak tidurlah mengong..”
            “habis yang kau bye-bye kat aku apa hal pulak?”
            “wei mangkuk, kau ingat nak keluar rumah aje ke nak bye-bye?”

Ila ketawa apabila mendengar Q membahasakan dirinya. Dia tahu sahabatnya itu suka bergurau. Maaflah Q, aku terpaksa. Aku nak bagi kau peluang kenal Aril. bisiknya dalam hati.
Usai Q mandi, dia hanya mengenakan pyjama lalu terus merebahkan dirinya kekatil. Bibirnya tersenyum sendirian pabila mengingati peristiwa dia tertidur dibahu Aril sewaktu Aril menghantarnya pulang ke rumah.
Hampir sahaja dia melelapkan matanya, sekali lagi dia terkejut pabila mendengar telefon bimbit miliknya berbunyi.
           
            “Hai, selamat malam. Dah tidur ke?”
            “hai, belum lagi, tapi baru nak lelap dah bunyi Phone. Nasib baik tak mati terkejut. Dah sampai rumah?”
            “haah, baru sampai. Itu yang terus telefon Qnak beritahu. Nanti orang tu risau pula.”
            “Alhamdulillah, Aril Q lupa nak pulang baju Aril.”  
            “ala..small matter lah. Q simpan aje baju  tu. Buat kenangan, mana tahu nanti kita tak jumpa lagi ke?”
            “ish Aril ni, jangan cakap macam tu. Takut Q dengar. Nanti Q pulang eh baju tu.”
            “Q, mati itu pasti. Semua orang akan mati. Tapi maksud Aril manalah tahu kalau-kalau Q dah jumpa cik abang lain, pastu kawin sekurang-kurangnya baju itu boleh juga jadi kenangan kan?”
            “ke situ pula dia. Tapi baju tu mesti mahalkan? Tengok kualiti dia dah tahu.”
            “apalah Q ni, jangan cakap macam tu. Aril beli baju itu masa Aril pergi UK dulu. Tak apa Aril bagi Q tau. Simpan tau.”
            “okeylah, Q nak tidur ni. Bye..”
            “bye Q..”

2 comments:

  1. Baby mio.. Akk x fhm. Mksudnyer apa ye?? Awak tanya akak ke sama ada dh dinovelkan ke belum???

    ReplyDelete