Andai benar kita suka, pasti kita mengutamakannya.. Andai benar kita kasih, kita takkan biarkan dia tersisih, Jika benar kita sayang, kita takkan benarkan dia hilang...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 4 July 2012

Takdir buat Q (bab 10)


BAB 10
Seperti biasa jam 3 petang, Q sudah bersiap untuk memulakan tugasnya di Restoran makanan segera. Hari ini dia mendapat satu suntikan semangat yang baru. Ah, biasalah bila Juliet dah jumpa romeo yang baru.. Q tersenyum sendirian.
           
“kau ni kenapa? Sengih seorang-seorang. Sewel ke ape?” ila menegurnya.
           
“kau ni Ila kalau tak kacau aku satu hari tak sah agaknya hidup kau kan?”
           
“eh, marah pula. Betul apa, dari tadi aku dok perhatikan kau, asyik sengih seorang-seorang, kenapa?”

Aril hanya memerhatikan Q dari dapur. Dia perasan sejak dari Q masuk memulakan tugas, bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Senyum sebab dia pergi jogging dengan aku atau sebab bf dia dah contact dia balik? Aril bermonolog sendiri. Ah, pedulikanlah..getus hatinya.
           
“Ila..” panggil Aril.
           
“ada apa? Aku sibuklah.” Ila memberi alasan.
           
“alah, kejap aje lah. Sinilah..” panggil Aril lagi.
           
“kau yang panggil aku, kau lah datang sini.” Balas Ila lagi.
Aril hanya memberi isyarat matanya memandang ke arah Q. Niatnya untuk bercakap bersendirian dengan Ila. Dia tidak mahu Q dengar apa yang ingin dia sampaikan. Ila faham, dia segera melangkah ke tempat Aril.
           
“ada apa?” Tanya Ila.
           
“nanti malam biar aku yang hantar Q balik boleh? Kau bagilah apa-apa alasan eh.” Pinta Aril.
           
“eh kenapa pula? Aku nak cakap apa kat dia? Kau jangan main-main Ril..” marah Ila.
           
            “kau ingat aku ni jahat sangat ke? Aku nak bawa dia pergi makan aje  lah. Lepas makan aku hantarlah dia balik. Ala.. Ila kau tolonglah aku eh..please..” Aril merayu.

Q hanya jadi pemerhati. Entah apa pula yang dibualkan oleh dua orang sahabat itu.Q tidak dapat mencuri dengar kerana keadaan terlalu hingar bingar dek suara kanak-kanak menangis dan  ketawa. Ah.. lantak lah..
           
            “yelah..yelah.. tapi kau kena jujur dengan aku, kau suka Q eh?” Tanya Ila tiba-tiba.
Aril hanya membalas dengan senyuman. Fahamlah Ila kini mengapa Aril benar-benar mengmbil berat tentang Q. Alhamdulillah, kalau benar Aril sukakan Q, sekurang-kurangnya Q dapat lupakan Ar, lelaki yang pernah meletak harapan dan janji dihatinya suatu ketika dahulu.
           
            “suka lah tu..” getus Ila berlalu pergi. Mindanya ligat berfikir apa alasan yang sepatutnya dia beri untuk memberi peluang kepada Aril mengenali Q dengan lebih rapat lagi. arghh.. aku pula yang susah.
           
            “Q, balik ini aku ada hal ljah. Nak jumpa kawan.”
           
            “ha? Kau nak kemana? Habis nanti aku nak balik macammana?” Tanya Q lagi.
           
            “oh.. itu kau jangan risau. Aku dah minta tolong dekat Aril supaya hantar kau balik rumah. Lagipun malam-malam macam ini, mana nak dapat teksi kan? Kau tak kisahkan naik motor?”
           
            “ha? Naik motor? Tak apalah aku naik teksi aje. Lagipun kalau jiran-jiran Nampak nanti kata apa pula?” tolak Q baik.
           
            “dah malam-malam macam ini mana nak dapat teksi? Kau tak takut ke naik teksi malam-malam, buatnya…” belum sempat dia menghabiskan ayatnya Q terlebih dahulu mencubit lengannya.
           
            “kau jangan nak merepek boleh tak? Okey lah aku balik dengan Aril”
           
            “yes!
           
            “kau ni kenapa pulak?” Tanya Q hairan.
           
            “tak ada apa-apalah. Tak akan lah aku nak cakap macam tu pun tak boleh?”
           
            “dahlah malas aku nak layan kau. Lagipun dah nak balik ni, aku nak kemas-kemas.” Q terus melangkah meninggalkan Ila sendirian.
            “okey, take care yourself my dear.
           
            “terima kasih.”
Ila hanya menunjukkan ibu jarinya kearah Aril tanda menjadi. Aril tersenyum sendiri.
           
            “fuh, aku pula yang nervous tengok kau. Kau rilek aje?”
           
            “kau jangan nak cakap yang bukan-bukan boleh tak? Dah lah pergilah cepat jumpa kawan kau tu. Cepat pergi cepatlah balik. Lambat balik tidur luar tau.”
           
            “kau ni Q, aku takut kau pula yang kena tidur kat luar.” Seloroh Ila pula.

Q tersenyum. “Sudahlah kau. Ish.. lambat pula Aril ni.” Marah Q.
           
            “okeylah Q, aku gerak dulu. Hati-hati tau, kalau kau takut kau peluk Aril kuat-kuat, alah macam yang selalu kau buat kat aku tu..” gurau Ila lagi.
           
            “amboi, mulut kau tu tak ada insuran kan? Nanti karang makan pula safety shoes size 11..” getus Q marah.

Ila bergerak laju menuju ke motosikalnya. Hatinya terusik sedikit apabila mengenangkan Q pulang bersama Aril. Sekiranya berlaku apa-apa terhadap Q pasti dia tidak akan dapat memaafkan dirinya sendiri.
           
            “ehem.. jauhnya termenung? Ingat kat siapa?” tegur Aril pada Q.
           
            “amboi, yang Aril ni lambat sangat kenapa? Penat tau dok tercongok tunggu Aril kat luar ni.”
           
            “sorry la Q, tadi Aril bersihkan kitchen. Maaf ye..” rasa bersalah tiba-tiba menerpa dalam dirinya.
           
            “tak apalah, tak lama mana pun tunggu. Sikit punya hal.”
           
            “ada sweater tak? Dah malam ni sejuk sikit.”
           
            “alamak! Baju panas Q dalam scooter Ila. Lupa nak minta, tadi Q ambil helmet je. Macamana ni?” ungkap Q sambil memicit-micit dahinya.
           
            “dah lah, pakai baju Aril je. Ambil ni.” Aril menghulurkan baju panas miliknya. kini baju panas telah pun bertukar tangan.
           
            “tapi nanti Aril sejuk pula.”
           
            “tak lah, Aril dah biasa. Lagipun Aril pakai hand glove ni, tak lah sejuk sangat kot.”
           
            “thanks Aril” Aril mengenyitkan matanya. Dia berani melakukan aksi sebegitu kerana dia pasti Q langsung tidak nampak akan perbuatannya.
           
            “Aril jangan bawa laju-laju tau. Ila tu selalu bawa laju. Dah lah Q ni penakut sikit” Q berpesan.
           
            “tak lah, tak akanlah Aril nak bawa laju-laju pula. Q, kita pergi makan dulu nak tak? Aril laparlah, boleh?” Aril meminta persetujuan. Dia tahu mungkin Q akan menolak dek kerana hari sudah menjangkau ke lewat pagi.
           
            “tapi dah lewat sangat ni, besok pagi Q ada kelas” terang Q.
           
            “okeylah, tak apalah.” Jawab Aril hampa. Jelas kehampaan di wajahnya. Namun bagi Aril itu bukanlah sesuatu perkara yang berat, baginya dia sudah diberi peluang untuk menghantar gadis itu pulang sudah cukup bernilai baginya. Gadis ini dipuja, di tunggu, dirindui selalu.
           
            “eh! boleh lah. Q teman Aril makan je tau. Q tak nak makan.” Tiba-tiba Q mengubah fikiran.
           
            “thanks dear.”
           
            “you’re welcome”.

Aril dapat merasakan dirinya bahagia bila bersama Q saat itu. Niat hati ingin diluah segala yang terpendam, dengan harapan Q juga akan menerima dirinya seadanya.
           
            “Q tak nak makan ke?” tanya Aril.
           
            “tak mahulah. Q dah kenyang. Aril makanlah, Q temankan je.”
Aril hanya mengangguk. Lama mereka membisu, Q hanya melayan perasaannya dikala malam melebarkan sayapnya. Saat ini pasti tidur lah yang menjadi jawapan yang tepat buatnya. Aril hanya memerhatinya melalui ekor mata miliknya. Dia menjadi serba salah, dia tahu dia tidak sepatutnya mengajak Q keluar, kerana besok Q ada kelas pagi.
           
            “Q, boleh Aril tanya sesuatu?”
           
            “tanya apa? Tanyalah, banyak pun boleh.”
           
            “bf Q dah contact Q?”
Q hanya menggeleng. Aril pasti jawapan Q melalui gelengan kepala gadis yang duduk dihadapannya.
           
            “habis tu, Q tak cuba contact dia ke?”
           
            “malas lah, orang dah lupakan kita. Lagi pula tak akanlah kita nak terhegeh-hegeh lagi? Q masih lagi pegang pada janji, Cuma buat sementara ini biarlah kami macam ini. Buat haluan masing-masing.”
           
            “oh, kiranya Q masih tunggu dia lah ni.”
           
            “bukan tunggu dia, tapi tunggu penjelasan dari dia. Entah-entah dia dah pun jumpa orang yang paling baik dari Q kot?”
           
            “aik? Pakai kot-kot pula..”
Q ketawa, Aril juga turut ketawa mendengarkan penjelasan yang diberikan.

Takdir buat Q (bab 9)


BAB 9
Pagi itu Q rasa sebak, semalam selepas Aril menghantarnya pulang dari klinik, sehingga pagi tadi dia tidak menerima sebarang panggilan mahupun sms dari Aril. Marah ke dia sebab aku tolak pelawaannya untuk makan tengahari? Q bermonolog sendiri. Apa kata aku cuba call dia? Bisiknya sendiri. Q mencapai telefon bimbitnya, lalu ditekan butang hijau, panggilan dijawab.
           
“Hello Assalammualaikum” kedengaran suara  Aril seperti baru bangun tidur.
           
“Hello, Waalaikumsalam Aril. Q ni, Aril tak bangun  tidur lagi ke? Sorrylah kalau Q kacau Aril pagi-pagi ni..”
           
“eh, mana ada kacau. Haah Aril sambung tidur, lepas solat subuh tadi rasa badan penat sangat. Q tak ada kelas ke?” tanya Aril lagi.
           
“tak ada kelas hari ini. Itu lah Q ingat nak ajak Aril pergi jogging. Boleh?” tanya Q tanpa dirancang. Biarpun tiada rancangan untuk pergi berjogging pagi itu, tetapi entah mengapa mulutnya lancar sangat meminta lelaki itu menemaninya. Adakah dia merindui lelaki itu?
           
“ha? Nak ajak Aril pergi jogging?” tanya Aril minta kepastian.
           
“kenapa? Aril sibuk ke? Kalau macam itu tak mengapalah. Nanti Q ajak Ila temankan Q.” luah Q kecewa.
           
“eh tak, tak. Q tunggu tau. Aril bersiap, kejap lagi Aril sampai. Q bersiaplah. Bye.”
           
“bye Aril..” Q tersenyum. Begitu cepat sangat hatinya berubah. Mustahil hanya kerana Aril menghantarnya ke klinik semalam, dia terus merindui lelaki itu. Kenapa dengan aku ni? Dengan hanya memakai seluar track bewarna biru gelap, baju t-shirt lengan panjang bewarna biru cair dan tudung dari rona yang sama.
           
“hai, morning. Dah lama tunggu? Dah sarapan?” sapa Aril.
           
“tak adalah. Laju  juga Aril bawa kereta. Sekejapnya sampai? Ke.. tak mandi?” seloroh Q.
           
“banyaklah tak mandi. Lagipun rumah Aril dengan rumah sewa Q bukan jauh mana pun? Q teropong Aril eh? sebab tahu Aril tak mandi ni..”
           
“ha?” Q  hairan.
           
“ye lah baju kita boleh sama warna pula.”
           
“eee..tolong eh. Aril tu yang skodeng Q kan? Tak malu ye?” Q menampar lembut Aril. Aril turut perasan dengan perubahan air muka Q. Aril tersenyum sendiri. Mudah-mudahan Q terima diri ini seadanya.. desis hati kecil Aril. sambil berjogging sambil mereka berbual.
           
“malam  tadi Aril tidur awal ke?” tanya Q memulakan bicara.
           
“tak lah. Malam tadi Aril keluar jumpa kawan. Balik lewat jugalah. Sampai rumah terus tidur.”
           
“oh, patutlah” Aril mengangkat keningnya pelik.
           
“patutlah? Kenapa patutlah?” tanya Aril semakin pelik.
           
“tak ada apa-apa. Sahaja je nak cakap patutlah. Tak boleh ke?” gurau Q lagi.
           
“ha.. Aril tahu kenapa. Q tunggu Aril call eh malam  tadi? Sorry lah Aril nak call tapi bila tengok jam dah pukul 2 pagi, tak jadi nak call. Takut-takut Q dah tidur pula.”
           
“eh! tak lah. Q belum tidur lagi pun masa itu.” Jawab Q ringkas.
           
“ye ke? Maaflah, kalau Aril buat Q risau. Sayang juga Q dekat Aril ek? Ha..ha..” Aril ketawa.
Q tahu Aril memang maksudkan dirinya begitu. Dalam hati Q akui dia memang risaukan Aril. Dia khuatir lelaki itu masih marah dengan tindakannya semalam. Ah.. sudah.. Q kau dah jatuh  hati kat dia ke? Bisik satu suara yang kerap mengganggunya sejak kebelakangan ini.
           
“uit! Kenapa diam?” Aril mencuit lengan Q.
           
“oo..bapak kau! Aril ni, suka terkejutkan Q tau.” Marah Q pada Aril.
           
“opss…sorry-sorry. Aril tak sengaja. Lepas ini kita pergi breakfast nak tak?”
            “kat mana?”
           
“alah, kedai mamak pun boleh kan?”
            “up to you lah” jawab Q ringkas.

Roti canai menjadi pilihan Q dan Aril. Sambil mereka berbual sambil makan.
            “Aril, boleh Q cakap sikit?”
           
“cakap apa?”
           
“sebenarnya Q nak minta maaf pasal semalam, sebab tolak pelawaan Aril ajak Q makan.”
           
“la..pasal itu rupanya. Takde hal lah. Lagipun semalamkan Q tak sihat sangat pun. Aril ni pun satu, ajak Q pergi makan, sedangkan Q tak sihat lagi.”
           
“Aril tak marah Q ke? Q rasa bersalah sangat Aril semalam, sampaikan tak boleh nak tidur.”
           
“sampai macam itu sekali. Kuat betul sakit Q ini kan?”
           
“sakit apa pulak?”
           
“sakit angau..”
           
“amboi, kalau bab mengenakan Q suka eh..”

Takdir buat Q (bab 8)


BAB 8
Pagi itu Q terpaksa ponteng kelas. Entah mengapa selepas dia menunaikan solat subuh tadi perutnya terasa amat sakit. Dia juga mengalami muntah-muntah dengan teruk. Mungkin terlalu banyak makan rojak buah dan mee goreng mamak yang pedas. Silapnya juga kerana makan sampai tak ingat dunia.
            “Q kau okey tak? Aku tengok muka kau pucat sangat ni. Kau tak payah pergi kelas lah. Nanti aku salinkan nota untuk kau tau. Kau rehat aje kat rumah. Nanti lepas makan ubat InsyaAllah okey. Kau jangan banyak bergerak tau. Itu kat atas meja belajar aku dah buatkan air horlick dan roti bakar. Nanti makan tau.” Pesan Ila terus berlalu meninggalkan Q berehat.
Q hanya diam. Air horlick dipandang. Fikirannya melayang lagi mengingati Ar. Dulu, sewaktu disekolah kalau penyakit gastriknya datang menyerang, Ar lah orang pertama yang akan risaukan dirinya, tapi sekarang? Semuanya di lalui sendiri. Walaubagaimanapun dia beruntung bila dia mengenali Suhaila. Suhaila banyak membantunya. Telefon bimbit Q berbunyi. Siapa pula yang call pagi-pagi ini.. getus hatinya.
            “hello” jawab Q dengan suara yang serak menahan kesakitan.
            “Assalammualaikum.. Q, awak kenapa ni? Tak pergi kelas ke?” tanya Aril risau.
            “Waalaikumsalam, Q tak sihat lah Aril. Itu yang terpaksa skip kelas.” Luahnya malas.
            “la.. kenapa tak beritahu Aril. kejap lagi Aril sampai, Aril bawa Q pergi klinik okey. Dah tunggu Aril sampai.” Tegas Aril.
            “Aril… tak..” sayangnya Aril telah menamatkan talian. Begitulah sikap Aril, dia tahu jika dia tidak bertindak sebegitu, gadis itu langsung tidak mahu menerima pertolongannya. Dia ikhlas, menyayangi dan menyintai gadis itu. Cuma Q sahaja masih belum boleh menerima insan lain didalam hatinya. Terlalu cepat Aril berubah, sejak dia mengenali gadis bernama Quraisyah. Terlalu cepat Aril mesra dengan Q. Inilah yang dikatakan kehendak Allah. Semuanya boleh berubah dalam sekelip mata. Aril terlalu sempurna buatnya, sehinggakan terlalu sukar untuk dibalas segala kebaikan Aril terhadapnya. Ah.. Aril kau hadir tepat pada masanya, tetapi untuk aku izinkan kau berlabuh dihati  ini, terlalu sukar untuk aku. Hati ini seperti sudah terkunci buat lelaki. Kenapalah ini semua terjadi…
            “hello..Q, Aril dah dekat luar ni. Kita pergi klinik ye..”
Q melangkah perlahan-lahan menuruni tangga. Dia hanya sempat mengenakan selendang dikepalanya. Anak rambutnya sedikit kelihatan didahi.
            “kenapa Aril suka  susah-susah untuk Q? Q okeylah. Gastrik sikit saja..”
            “Q nak cakap apa pun cakaplah, yang penting bagi Aril Q sihat. Aril tak mahu apa-apa berlaku dekat Q. Q fahamkan? Dah Q baring dulu dekat kerusi ni eh. nanti sampai klinik Aril kejutkan Q.” cadang Aril sambil membaringkan sedikit seat kereta waja miliknya.
           “thanks” ucap Q terus melelapkan mata. Hasrat hati ingin dihapuskan segala kesakitan tetapi apakan dayanya, tanpa ubat bagaimana penyakitnya itu boleh berkurangan.
Aril memerhati wajah yang terbaring lesu disisinya. Hatinya sedikit tercuit bila melihatkan rambut Q yang panjang tersisir rapi. Rambutnya lurus dan keperang-perangan. Wajahnya tampak pucat, bibirnya sedikit merah walau tanpa secalit gincu. Cantiknya dia..desis hati kecil Aril. Siapalah lelaki yang bertuah dapat bertakhta dihati Q. kenapalah lelaki itu tinggalkan Q? Bodohnya dia… kesian Q, menderita dan sengsara. Cintanya mati ditengah jalan. Ah.. terlalu berat dugaan yang kau tanggung sayang.. Aril bermonolog sendiri.
Selesai membuat pembayaran di kaunter, Aril memapah Q untuk berjalan menuju ke kereta.
            “kenapa Q tak cakap Q ada sakit?” Tanya Aril ingin tahu.
            “alah..gastrik aje, bukan sakit yang bahaya sangat pun. Tak usah lah risau sangat.” Jawab Q selamba.
            “Q, gastrik tu bahaya, Q tahu tak? Kalau kita tak jaga boleh kena appendic. Q janganlah ambil mudah perkara macam ni.” Marah Aril tiba-tiba. Jelas kerisauan diwajah lelaki itu apabila doctor menerangkan kedudukan sebenar penyakit Q, yang Q sendiri ambil mudah.
            “Aril ni kenapa? Dah macam ibu Q pula. Jangan lah jadi ibu Q 3.0 pula. Q tak suka lah. Aril lebih-lebih. Sudahlah Aril turunkan Q dekat bus stop kat depan itu. Biar Q balik naik bas aje. Maaflah kalau selama ini Q selalu susahkan Aril. Takde niat nak menyusahkan sesiapa termasuk Aril okey. Nanti duit ubat Q bayar balik.” Luah Q. Hatinya sebal. Dia membuang pandangannya keluar tingkap dengan harapan Aril akan menurunkannya di hentian bas. Q silap, Aril hanya meneruskan perjalanan tanpa mempedulikan permintaannya.
           “Aril! Tadikan Q suruh Aril berhenti dekat depan tu. Kenapa Aril terus?” Tanya Q. Aril masih terus membisu. Marah ke Aril dengan aku? Getus hatinya.
Lama mereka membisu. Mendiamkan diri lebih baik dari menambah sakit hati. Sesekali Aril turut menyanyi mengikut alunan muzik yang dimainkan di radio. Lagu penyanyi Aliff Satar sedang berkumandang dicorong radio.
            Semua tahu kamu cantik,
        Semua tahu kau menarik,
        Kau bidadari terhebat,
        Membuat cintaku makin kuat,
Kadang kali ku cemburu buta,
Saat ramai mata terpesona,
Dan lebih saat aku mahu pergi,
Disaat engkau aku curi..
        Please..please..please..kamu jangan nakal,
        Ke pergi sebentar bukan untuk curang,
        Oh..please..please..please..kamu jangan nakal,
        Nanti aku datang bawa yang kau pesan.

Q hanya jadi pemerhati. Sikap bersahaja Aril membuatkan Q senang bersamanya, Cuma kadangkala sikap Aril yang suka mengambil tahu membuatkan Q tidak menggemarinya.
Sikap Aril yang kuat membebel macam mak nenek membuatkan Q naik rimas.
           
“Q, kita pergi makan dulu ye sebelum Aril hantar Q balik.” Ajak Shahril.
           
“em.. tak payahlah. Q ingat nak tapau je. Lagipun Q tak selesalah pakai macam ini.” Ucap Q seraya memegang kepalanya yang hanya ditutupi seledang.
           
“kenapa? Pakai macam ini tak boleh ke? Baru Aril nak ajak makan. Macam tak ada selera pula makan seorang.”
           
“Aril ni, mula lah tu nak mengarut-ngarut. Tak apalah lain kali sahajalah. Maaf ye Aril, Q minta maaf sangat-sangat.”
           
“okeylah kalau Q dah cakap macam itu. Aril tak boleh nak paksa.” Tapi Aril nk singgah 7eleven dulu.”
           
“okeylah” jawabnya ringkas.


10 minit kemudian.
            “amboi banyaknya beli? Habis ke makan seorang ni?” Tanya Q sambil memerhatikan Aril yang membimbit 2 buah beg plastic.
           
“tak habis pun, mesti kena habiskanlah. Kalau tak rugi..”
           
“oh ye ke? Ye lah, Aril dah beli makanya Aril kenalah habiskan sneak tu”

Aril hanya tersenyum…
           
“okey dah sampai. Q masuk rehat, lepas tu makan nasi dan makan ubat. Okey?” pesan Aril.
           
“okey Aril, thanks. Sebab susah-susah tolong Q. Mungkin petang ini Q tak dapat masuk kerja, nanti tolong beritahu pada Encik manager eh? Terima kasih Aril.”
           
you’re most welcome. Lagi satu ini semua Aril beli untuk Q. Kalau lapar-lapar boleh makan. Q kan gastrik, jangan tahan-tahan kalau lapar pula.” Pesan Aril.

Q hanya membeliakkan matanya melihat 2 beg plastic yang sudah bertukar tangan. Kenapalah kau baik sangat dengan aku Aril? Tanyanya dalam hati.