BAB
1
4 tahun berlalu, hidupnya sepi. Menunggu seorang
insan yang pernah berjanji, tetapi hampa. Masih terngiang-ngiang lagi bisikan
janji seorang teman yang dianggap terlalu istimewa didalam hidupnya. Waktu itu
dia berada di tingkatan 5.
“Lepas dapat result
SPM nanti Q nak sambung belajar kat mana?” tanya Hadzhar.
“Q ingat nak continue
dekat u tempatan je. Tak kisah lah kat mana pun, janji Q dapat balik rumah ibu
dan abah bila cuti semester nanti.”
“Oh
ye ke.. ye lah anak emak kan?” seloroh Hadzhar seraya menarik hidung Q.
“Ish..Ar
ni tak malu eh? Nanti kalau cikgu nampak kan dah kantoi. Kena panggil dengan Pengetua baru tahu.”
“eleh..
kan kita dah habis exam, tinggal
tunggu result je. Tak ada maknanya lah diorang nak marah.
Kalau berani marah lah, nanti Ar mengamuk baru tahu..”
“ye
lah tu, hari tu masa kena panggil dengan Puan Zawiyah dah kecut perut. Padahal
Puan Zawiyah nak minta tolong angkat barang je..”
“Apalah
Q ni, itu dulu lah. Lagipun bukan Ar yang takut kat dia, tapi dia yang takut
dengan Ar.”
Ketawa
mereka berderai. Tak sangka akhirnya peperiksaan yang bakal menentukan masa
depan mereka telah pun selamat mereka lalui. Kini hanya tunggu untuk mereka
menunggu keputusan sahaja.
“Q..
Ar ingat nak kerjalah sementara tunggu result
SPM”
“Ar
nak kerja apa? Kat mana? Nanti dah syok pegang duit, dapat tawaran belajar tak
nak sambung pulak.”
“Ish..Q
ni jangan cakap macam tu, sambung study
kan memang cita-cita Ar. Mana boleh tak
sambung. Ar takut apa tau, nanti bila Q dah masuk U, Ar pun Q dah lupa..”
“Tak
akan lah Q nak lupa Ar. Q takut sebaliknya Ar pulak yang lupakan Q. ye lah Ar kan
hensem, bergaya, kat sekolah ni semua boleh dikatakan ramai budak-budak
perempuan yang terkejar-kejar kat Ar. Entah-entah Q yang kena tinggal dengan Ar
kot?”
“Q
jangan cakap macam tu sayang. Ar janji, Ar akan sentiasa setia pada Q. Ar akan
tunggu Q. Ar harap Q pun sanggup tunggu Ar walau apa pun terjadi. Q tetap dalam
hati Ar..”
“Ar..jangan
mudah buat janji Ar. Q takut Ar tak mampu nak tunaikan. Insya-Allah selagi Q
mampu Q akan tunggu Ar. Q nak kita sama-sama jumpa waktu kita dah dapat ijazah
nanti.”
“Ar
pun harap sangat macam tu..”
Q
menatap sepi laptop miliknya. Sudah
hampir 4 tahun Ar menghilangkan diri selepas melanjutkan pelajarannya ke luar
Negara. Ar diterima belajar ke University di Cambridge dalam jurusan
Engineering. Sebaliknya Q hanya selesa ke Universiti Utara Malaysia didalam
bidang yang sama. Q bercita-cita untuk menjadi seorang Arkitek yang berjaya.
Setahun selepas pemergian Ar ke luar Negara, mereka hanya berhubung melalui
internet. Mungkin terlalu berat untuknya menerima segalanya waktu itu. Mereka
terpisah jauh, beribu batu jaraknya. Tetapi demi ikrar cinta yang dibina Q menanti
dengan setia. Bukannya tiada lelaki yang cuba merapati dan berkawan dengan Q,
Cuma dia sahaja yang buat tak layan. Q seorang gadis yang periang, bijak serta
berbudi bahasa. Dia memiliki wajah persis pelakon Nora Danish. Tidak salah lah
jika dia mendapat jolokan Nora Danish junior oleh rakan-rakan kampusnya. Tetapi
perjalanan hidupnya tidak seindah mimpi. Satu pagi dia menerima panggilan dari
ibunya dikampung.
“Assalammualaikum.. ibu. Pagi-pagi
dah telefon Q ni. Rindu kat Q eh?” Q mengusik ibunya.
“Waalaikumsalam. Q .. tipulah kalau
ibu kata ibu tak rindu kat anak ibu yang seorang ni. Sebenarnya ibu ada hal
penting nak cakap dengan Q ni.” Serius bunyinya. Seperti ada sesuatu.
“Benda penting apa ibu? Lain macam
benar bunyinya.?”
“Q kamu tahukan sejak kebelakangan
ini, abah selalu sakit-sakit. Ye lah abah kamu tu kerja jadi security, malam-malam pulak tu waktu
kerjanya sejuk, akhir-akhir ni abah kamu selalu semput. Makin menjadi-jadi.”
Luah Puan Hasnah sedih.
“kenapa bu? Abah sakit kuat ke?”
tanya Q sebak.
“teruk tu tidak lah Q, tapi sebelum
jadi teruk ibu ingat nak suruh abah berhenti kerja. Mencegah kan lebih baik
dari mengubati..” Mak senah berperibahasa.
“oh.. habis tu apa masalahnya lagi
bu?” Tanya Q tidak mengerti. Pelik dengan sikap ibunya.
“Q kamu tahukan, kalau abah kamu
berhenti kerja, kami Cuma harapkan duit Felda sahajalah. Memanglah cukup makan
dan pakai, tapi untuk ibu kirimkan pada Q tiap-tiap bulan tu, terpaksalah ibu
bagi mana yang ada aje.”
“oh..ibu risau pasal tu eh, ibu
janganlah risaukan Q. lagipun Q tinggal lagi berapa semester je. Nanti Q boleh
cari kerja part time. Lagipun duit
biasiswa yang Q dapat tiap-tiap bulan tu kan ada. Bolehlah buat tampung Q untuk
tiap-tiap bulan.”
“Alhamdulillah, ibu bersyukur
sangat-sangat nak. Senang hati ibu dengar Q cakap macam tu. Maafkan ibu ye nak.
Tidak semena-mena Q kena bersusah payah cari duit. Ibu sebenarnya dah tak tahu
cara macammana lagi nak selesaikan masalah ni.”
“ibu, ibu janganlah cakap macam tu.
Terasa bersalah pulak Q. ibu.. Q dah besar tau, ibu pun pernah cakap kat Q,
kalau Q kahwin tentu-tentu Q dah ada anak. Ibu tak payah risau ye, pandailah Q
jaga diri kat sini. Okeylah ibu Q ada kelas ni, nanti petang Q call ibu lagi eh. bye ibu.. I love you…”
“Ha ye lah.. jaga diri baik-baik
nak. Ibu minta maaf ye Q..”
“ibu janganlah cakap macam tu, ibu
buat Q serba salah lah. Buat apa nak minta maaf? Ibu tak buat salah kat Q
pun…okey bu….”
Perbualan
Q dan ibunya tamat disitu sahaja. Q tahu hati kecil milik ibunya terasa
bersalah dengan keputusan yang terpaksa diambil. Apalah daya Puan Hasnah lagi,
jika diturutkan kata suaminya yang tidak mahu berhenti kerja, tentulah mereka
akan menghadapi kesukaran dimasa akan datang jika Encik Kamaruzzaman masih
berdegil.
“Q, aku tengok kau asyik termenung je
dari pagi tadi. Kau ada problem ke?”
tanya Suhaila, kawan sebiliknya.
“Entahlah ila, pagi tadi ibu
aku call,
aku pun pening fikir masalah ni..”
“Ibu kau call? Kenapa? Abah kau sakit lagi ke? Ke kau ada masalah lain?”
“Memang aku ada masalah. Kau tahu
kan abah aku selalu sakit-sakit. Tadi ibu aku kata, nak suruh abah aku berhenti
jadi security tu.
“Oh ye ke? Baguslah.
Sekurang-kurangnya tidak lah abah kau tu penat. Siang nak ke ladang, malam
pulak jadi security..”
“Itulah kalau boleh aku pun tak nak
abah aku buat kerja lain. Cukuplah kerja-kerja ladang tu dah memenatkan dia,
tapi masalah aku sekarang, aku nak kena survivelah.
Aku ingat nak cari kerja part time lah
ila.”
“Bagus juga cadangan kau. Aku pun
ingat nak cari part time job. Boringlah malam-malam takde apa-apa nak buat. Eh Q..
kita survey kat McD nak tak? Ye lah
kat situ kan mesti dia nak pakai pekerja
separuh masa.”
“Haah lah, bagus idea kau tu.
Agak-agak kalau aku seorang cari kerja pun tak jadi jugak. Kalau dengan kau
okey sikit. Takdelah aku segan manapun..”
“Okeylah tu, besok petang kau habis
kelas pukul berapa? Besok aku takde kelas, Prof Ariff cuti, ada urusan
katanya..”
“Aku? Kelas habis pukul 2 petang..”
“Maknanya dalam pukul 3 petang aku datang
ambil kau kat kampus eh..?”
“Okey..”
Lega
rasa hatinya bila sahabatnya sudi menjadi pendengar setia, sudi membantu saat
dia dilanda keresahan jiwa. Teringatkan Ar, sudah lama rasanya lelaki itu tidak
mengirimkan berita buatnya. Fikirannya berkecamuk memikirkan adakah sesuatu
yang buruk berlaku keatas insan kesayangannya itu. Lantas dia mengatur langkah
ke meja tulisnya, dibuka computer riba miliknya. Lama dia menatap peti masuk e-mail yahoo miliknya, tetapi hampa.
Kemana kau menghilang Ar? Sudah hampir 6 bulan Ar langsung tak kirim apa-apa
berita pun kat Q. Adakah Ar dah jumpa insan lain disana? Q seolah mencari
jawapan sendiri. Sama ada benar ataupun tidak dia sendiri tidak pasti. Masih
terngiang-ngiang suara Ar dicuping telinganya saat dia bertemu Ar buat kali
terakhir.
“Q, Ar nak Q jaga diri Q baik-baik
tau. Jangan tinggal solat, jangan lupa Allah. Q pegang kata-kata Ar, Ar tidak
akan tinggalkan Q. Ar akan tunggu Q dah Ar harap Q pun sabar tunggu Ar tau. Q
ingat tau, Ar sayangkan Q, sampai akhir hayat Ar..”
Air
mata milik lelaki bernama Hadzhar jatuh jua. Entah mengapa perpisahan ini
mmbuatkan dia semakin sensitive. Ingin rasanya dia membawa wajah kesayangannya
itu pergi bersamanya. Ingin sahaja dia memeluk erat gadis dihadapannya itu. Q
hanya kaku membisu. Dia akur walaupun perpisahan itu hanya berlaku selama 5
tahun, tetapi rahsia perjalanannya selama 5 tahun tidak jua dia ketahui kerana
itu menjadi rahsia mutlak Allah swt. Q seolah dapat rasai sesuatu akan terjadi.
Hati kecil miliknya tidak pernah salah untukmentafsir tetapi dia hanya mampu
berdoa semoga Allah menjauhkannya dari segala keburukan.
“woi,
termenung pulak dia, yang kau dok tenung inbox
kosong tu buat apa Quraisyah? Sudah-sudahlah tu, entah-entah Ar dah jumpa
minah orang putih kat sana. Sebab tu dia lupakan kau.” Kata Suhaila seraya
menepuk perlahan bahu kawannya. Q terkejut.
“Engkau ni kalau tak kacau aku tak
sah agaknya hidup kau kan? Hmmm…entahlah ila, aku tak tahu sama ada Ar dah
berubah atau aku yang berubah. Baru 2 tahun pergi tapi macam-macam jadi. Kalau
betul dia dah jumpa orang lain, bagilah tahu takpun hint lah kat aku supaya aku ni tak lah terhegeh-hegeh kat dia lagi.
Apa ingat aku ni tunggul kayu apa?” luah Q pada Ila.
Airmata
jernih miliknya mengalir deras. Entah mengapa petang itu dia menjadi seorang
yang amat sensitive. Dari kisah ibu dan abahnya hinggalah kisah Ar yang
mendiamkan diri. Matanya masih lagi tertancap di mailbox yang kosong. Ar mungkin ini adalah e-mail terakhir dari Q. Bisik hati kecilnya.
Assalammualaikum
Ar,
Q
harap waktu begini Ar sentiasa berada dibawah lindunganNYA. Maafkan Q sekiranya
kehadiran email Q ini menganggu fikiran dan pembelajaran Ar. Q tahu mungkin Ar
ada alasan tersendiri mengapa Ar berdiam diri. Atau mungkin Ar sudahpun bertemu
kekasih hati disana yang jauh lebih sempurna berbanding Q. Tapi Q juga nak Ar
tahu, sehingga kini Q masih lagi tunggu Ar, tunggu Ar balas semua email dari Q.
Q rindu nak dengar Ar panggil nama Q. Kenapa Ar terus diam? Kalau Ar ada
masalah Ar beritahulah Q, InsyaAllah kalau Q boleh tolong, Q akan tolong Ar.
Kenapa Ar?
Ar,
kiranya email yang terakhir Q kirimkan ini, masih Ar tidak membalasnya, mungkin
sudah tiada lagi email yang perlu Q kirimkan lagi. Tapi Q tidak akan berputus
asa. Q akan tunggu Ar selagi Q mampu. Ar Cuma satu Q nak Ar tahu, Q sayangkan
Ar, Q juga sayangkan hubungan kita. Tetapi jika sudah suratan illahi yang Ar
bukan untuk Q, Q redha. Semoga Ar bahagia disamping si dia.
Salam sayang….. Quraisyah Kamaruzzaman.
kolam
air mata Q yang penuh tidak dapat untuk dibendung lagi. Empangan yang dibina
untuk menahan dari ianya mengalir pecah jua. Inilah sifat wanita yang terlalu
sensitif. Berat rasa hati untuk
melepaskannya pergi. Mulakan hidup baru Q.. lupakan dia… seperti ada satu suara
yang berbisik-bisik ditelinganya. Aku pasrah..
No comments:
Post a Comment