Andai benar kita suka, pasti kita mengutamakannya.. Andai benar kita kasih, kita takkan biarkan dia tersisih, Jika benar kita sayang, kita takkan benarkan dia hilang...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 29 November 2013

DIALOG CINTA KITA - BAB 17

BAB 17


Genap dua bulan sudah, Mya menjadi isteri Zaliff. Hubungan Zaliff dan Mya masih seperti dulu, walaupun Zaliff dan Fazzy tidak lagi bersama, pernah juga Mya terserempak dengan mereka berdua, tetapi keadaannya amat berbeza  dan situasinya agak tegang juga. Malas rasanya untuk dia memikirkan tentang mereka. Apa yang terjadi, tidak ingin lagi Mya ambil tahu.
Melangkah keluar dari Klinik Keluarga, Mya jadi bisu. Dia sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dia katakan. Telahannya benar belaka. Sehebat itu Allah mengujinya. Sekuat mana pula untuk dia menghadapinya? Ya Tuhan.
Telefon di dalam beg tangannya di seluk. Nombor telefon milik Sara di dail.
            “Sara”
            “Hai beb, dah lewat ini tak masuk pejabat lagi ke?” Sara yang menyoalnya terlebih dulu.
            “Sara, aku mc hari ini. Badan aku rasa letih sangat. Aku demam.”
            “La ye ke? Kau dah pergi klinik ke belum?”
            “Dah. Baru keluar dari Klinik. Doktor beri aku mc hari ini. Sorry eh beb?”
            “Okey dear. Nanti apa-apa hal aku update kau.”
            “Okey. Thanks Sara.”
            “Most welcome dear. Take care yourself.”
            “You too
Mya masih termenung, selepas talian telefon di matikan. Terasa menggigil pula kakinya untuk menekan pedal  minyak. Wajahnya pucat lesi, telapak tangannya mulai berpeluh dan sejuk, seolah-olah dia mengenggam ketulan ais. Hendak memaut stereng pun dia rasa tidak larat.
Melalui lebuhraya sprint, Mya memandu pulang dari Klinik Keluarga, berhampiran Menara Datuk Amri tempat dia bekerja. Selepas Doktor Aini memberikan dia cuti sakit, dia segera pulang semula ke kediamannya di Taman Tun Dr Ismail.
‘Apa mamat bengkak itu buat? Kereta dia rosak ke?’ soal Mya apabila dia terlihat Zaliff memberhentikan gajah hitamnya di tepi jalan berdekatan Sungai Penchala.
‘Buat tak nampak sudah.’ Ujarnya lagi. Sengaja dia memandang ke arah sebelah kanan, berpura-pura bahawa dia tidak perasan akan situasi tersebut. Melepasi gajah hitam milik Zaliff, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
‘Aik? Apa pasal mamat bengkak ini call aku? Dia nampak aku lalu ke?’
‘Nak jawab ke tak erk?’ dia berkira-kira sama ada ingin menjawab atau pun tidak.
‘Biar aje lah. Biar dia rasa sakit, macam mana aku rasa sakit sekarang ini, bila teringat apa yang dia buat pada aku dulu.’
Kenapa tak jawab phone? Soal Zaliff. Kali ini sms pula yang di hantar.
‘Aku nak jawab apa ini?’ soal Mya sendiri.
‘Nak kena marah ke, nak puaskan hati?’ dia masih lagi begitu. Baginya, untuk dia memuaskan hati, dia akan terus memandu tanpa memperdulikan mamat bengkak itu, tetapi kalau dia berpatah balik semula, sama sahaja mamat bengkak itu akan tetap memarahinya. Tiada bezanya, pakej yang bakal dia terima dua dalam satu. Puaskan hati, balik rumah nanti pastinya kena marah, dan buat baik, ikut cakap mamat bengkak itu pun kena marah juga. Hai la nasib. Kenapalah Asmyaliana terjebak dengan hidup Zaliff erk? Bilalah nak selesai agaknya kemelut yang dia hadapi.
Dengan rasa berat hati, Mya membuat pusingan U. Kenalah hadapinya juga.
‘Kena marah pun kena marahlah.’ Omel mulutnya.
            “Kenapa aku call tak jawab?” soal Zaliff sebaik sahaja kuda putih milik Mya berhenti di tepi jalan.
            “Bateri dah nak kong. Lagi pun…”
            “Lagi pun apa? Kau sengajakan buat-buat tak nampak. Padahal kau nampak aku dekat sini, tapi kau saja aje biar aku terjerit-jerit macam orang gila panggil kau kan? lepas itu kau lalu, buat bodoh aje.” Kan dah cakap, tolong kena marah. Tak tolong pun kena marah juga.
            “Astaghfirullahhalazim, tak baik awak tuduh saya macam itu. Awak ingat saya ini macam awak ke zalim sangat?”
            “Aku? Zalim? Kau cerita dekat aku sekarang ‘tang’ mana yang aku zalim sangat dengan kau. Aku rasa aku banyak tolong kau ‘kot’? Tayar kau bocor siapa yang tolong betulkan? Kerja-kerja kau siapa yang tolong settle bila kau cuti? Ini yang kau cakap aku zalim? Memang tak patutlah sangat-sangatkan.”
            “Ya! Awak memang zalim Zaliff. Awak dah musnahkan masa depan saya. Awak dah heret saya masuk dunia awak hinggakan saya rasa berdosa pada Kak Nat sepanjang hidup saya. Dan sekarang, saya terpaksa kandungkan benih awak pula. Dosa apa yang saya buat hingga begini sekali dugaan yang perlu saya hadapi? Awak ingat saya tidak rasa tersiksa? Awak ingat saya tidak rasa terbeban? Trauma? Saya dah macam orang sakit jiwa Zaliff. Cukuplah Zaliff, saya dah rasa cukup-cukup menderita di sebabkan awak. Tolonglah jangan seksa hidup saya lagi.” rayu Mya.
            “Apa maksud kau, bila kau terpaksa kandungkan benih aku?” Zaliff memohon penjelasan.
            “Saya tidak rasa yang awak ini bodoh, dan tak faham apa yang saya katakan.” Ungkapan yang menyakitkan hati Zaliff.
            “Kau mengandung? Macam mana kau tahu?” apa punya soalanlah. Tahap sengal dia memang terserlah. Tak akanlah Mya ini bodoh tahap cipan, tak tahu nak pergi klinik untuk buat check up. Apa pun tak tahu…
            “Saya rasa saya tak perlu terangkan pada awak secara mendalam sangatlah. Sekarang ini, nak tunggu apa lagi dekat tepi jalan ini?”
            “Sekejap lagi towing sampai ambil kereta aku, nak bawa pergi bengkel.”
            “Nak tunggu dekat sini ke? Berapa lama lagi?”
            “Sekejap ajelah. Membebel aje. Kalau tak tahan panas duduk dalam kereta itu diam-diam.”
            “Saya nak baliklah. Badan rasa tidak sedap. Kepala saya pusing sikit.” Malas mahu melayan kerenah Zaliff, lagi pun Mya terasa hendak pitam.
            “Tunggulah sekejap. Tidak akan aku nak tinggalkan kereta aku dekat sini aje? Kau ini pun, agak-agaklah.”
Mya melangkah masuk ke dalam kereta. Hanya beberapa langkah sahaja, Mya terasa bagai berada di awang-awangan dan..
           “Mya!” jerit Zaliff. Nasib baik lelaki itu sempat menyambut tubuh Mya yang hampir sahaja menyembah bumi.
            “Mya, kau jangan takutkan aku Mya. Mya..o..Mya..” panggil zaliff. Mya betul-betul tidak sedarkan diri. Zaliff jadi panic.
‘Apa aku nak buat ini?’ soalnya. Apa punya sengallah, angkatlah Mya itu masuk dalam kereta. Itu pun nak kena ajar ke? Kedengaran suara mengusik.
‘Haah erk? Apalah yang susah sangat nak fikir?’

Badan Mya di cempung dan di baringkan di sebelah pemandu. Dalam pada Zaliff kalut, lori penunda pun sampai.

2 comments:

  1. hai la Zaliff oii,
    sbnryna syg gk kat Mya tu kn..

    ReplyDelete
  2. Zaliff, sangat2 ego, pantang ditegur...tapi dlm hati ada taman...

    ReplyDelete