Sejak Natrah pulang dari klinik, dia bertindak untuk
mendiamkan diri. Kerap kali Doktor Azlina mengingatkan padanya untuk menjalani
rawatan kimoterapi, tetapi Natrah tetap tidak berganjak dengan keputusannya.
Menurut Doktor Azlina, sel-sel kanser di dalam badan Natrah telah merebak
hingga ke paru-paru. Natrah tidak punya banyak masa lagi untuk menunggu. Dia
juga harus akur pada ketentuanNya jika benar, masanya sudah tiba satu hari
nanti.
“Assalammualaikum.”
Zaliff memberi salam.
“Waalaikumsalam,
awal abang balik? Nat tak dengar pula bunyi kereta abang.”
“Abang
bawa balik kereta Mya. Tadi pagi kereta dia tayar bocor, abang tolong tukar kan
lepas itu abang tolong bawa pergi bengkel untuk alignment.”
“Oh,
abang dah makan?” soal Natrah.
“Dah
tadi dekat pejabat. Nat masak apa?” soal Zaliff, tidak mahu Natrah terasa
hampa.
“Nat
masak lauk ringkas aje abang. Anak-anak nak makan ayam goreng dengan sup sayur.
Abang nak makan? Nat hidangkan.” Zaliff memaut lengan Natrah.
“Nanti
kalau abang nak makan, abang ambil sendiri. Abang tengok Nat macam sakit aje?
Muka Nat nampak pucat sangat.” Soal Zaliff pada Natrah.
“Sikit
aje. Mungkin Nat letih sangat kot?”
“Budak-budak
ada buat hal ke sayang?” Natrah pantas menggeleng.
“Budak-budak
baik-baik belaka, dengar cakap Nat. Oh ya abang, boleh Nat tanya sesuatu?”
“Nak
tanya apa?”
“Macam
mana dengan majlis merisik Fazzy itu? Jadi ke tidak?” soal Natrah menyentap
tangkai hati Zaliff. Di dalam keadaan yang masih berantakan pun Nat masih mahu
mengambil berat. Zaliff merenung tepat ke anak mata Natrah, mencari simpati
wanita itu.
“Kenapa
abang pandang Nat macam itu?” soal Natrah.
“Nat,
abang minta maaf.” Jemari Natrah di genggam.
“Apa
maksud abang?” Natrah bingung.
“Abang
sedar, abang banyak buat salah pada Nat. Abang sakitkan hati Nat. Abang tak
pedulikan Nat.” Zaliff tertunduk. Tiada daya dan kekuatan lagi untuk dia
bertentang mata dengan Natrah.
“Abang,
Nat salah cakap ke? Apa yang terjadi sebenarnya?”
“Kita
lupakan apa yang berlaku eh? Kita buka buku baru. Abang dah tak nak ingat lagi
tentang itu semua. Abang menyesal.” Kali ini, Natrah di peluk erat. Tidak mahu
lagi dia menyakiti hati wanita itu. Natrah mengukir senyuman.
“Abang,
apa yang berlaku, kita jadikan tauladan. Nat pun kalau boleh tak nak ingat lagi
benda yang dah lepas itu. Nat tidak tahu apa yang berlaku pada abang tapi Nat
tetap percayakan abang. Nat harap, apa yang berlaku ini mematang abang.”
“In
shaa Allah Nat. Terima kasih sebab beri abang peluang. Terima kasih sebab Nat
sudi maafkan abang.”
“Abang,
Nat dah tiada siapa-siapa lagi kecuali abang, anak-anak dan As. Kalau satu hari
nanti Nat tiada lagi, abang jagalah anak-anak dengan baik. Abang didiklah
mereka dengan penuh kasih sayang. Nat tahu abang kuat.”
“Nat
jangan cakap macam itu. Sedih abang dengar. Abang perlukan Nat sampai hujung
nyawa abang.” Disebalik wajah Natrah yang tersenyum, hatinya menangis. Sukar
untuk dia membuat keputusan, siapa yang akan membela nasib anak-anak jika satu
hari nanti dia pergi menghadap Illahi. Oh Tuhan…
Zaliff sudah pun
terlena di ulit mimpi. Tinggal Natrah yang masih bermenung. Perubahan
Zaliff mengundang curiga di hatinya. Kenapa Zaliff tiba-tiba sahaja berubah.
teringatkan Asmya, Nat cuba menghubungi wanita itu.
“Assalammualaikum.”
Mya di talian.
“Waalaikumsalam.
Maaflah As, kalau akak ganggu As malam-malam ini. As dah tidur ke?”
“Belum
lagu kak. baru lepas bergayut dengan Arman. Ada apa akak telefon malam-malam
ini? Abang Zaliff tak balik lagi ke?” sekadar menebak. Mana tahu tebak kannya
mengena.
“Tidak
lah. Abang Zaliff dah terbongkang tidur. Petang tadi dia balik bawa kereta As
kan? Dia kata kereta As rosak.”
“Haah
kak. Pagi tadi tayar bocor itu yang tukar tayar baru. Lepas itu abang Zaliff
suruh As bawa balik kereta dia, katanya kereta As nak kena hantar pergi alignment. Minta maaflah kak, kalau As
susahkan abang Zaliff.” Pinta Mya. Tiba-tiba rasa bersalah menjengah hatinya.
Perlukah seumur hidupnya, dia harus menipu?
“Eh,
tak adalah susah. Lagi pun As dah banyak bantu akak. Pertolongan As dapatkan
abang Zaliff kerja itu pun tidak terbalas rasanya. Oh ya As, boleh akak tanya
sesuatu?”
“Akak
nak tanya apa?”
“Petang
tadi masa abang Zaliff balik, muka dia muram aje. Akak pelawa dia makan, dia
kata dia dah kenyang. Lepas itu bila akak cakap pasal majlis merisik Fazzy itu,
dia tiba-tiba berubah. Dia menangis, lepas itu peluk akak. Dia minta maaf dekat
akak sebab abaikan akak selama ini. As ada nasihatkan dia apa-apa ke? Ataupun
Fazzy ada buat hal?” soal Kak Nat. Tak mungkinlah kalau Zaliff terasa bebenar tentang
Mya tegur pasal ajal itu. Atau dia benar-benar sentap gila? Kalau macam itu
kira berkesan jugalah nasihat dia macam itu kan. berat juga pertanyaan Kak Nat
ini. Tidak tahulah sama ada mampu untuk jawab atau tidak. Dari mula lagi dah
menipu, sampai ke akhirnya dia akan terus menipu ke?
Mula-mula menipu pasal pergi seminar, padahal pergi
menikah. Lepas itu, menipu kereta rosak dan tadi itu menipu pasal kenyang
makan. Padahal dia dok mencekik mi segera dekat rumah petang tadi. Kali ini tak
akanlah nak menipu lagi? soal Mya dalam hati.
“Oh
ye ke kak? Akak tak ada dengar cerita apa-apa ke pasal Fazzy? Informer akak tak ada gosip-gosip liar
dekat akak?” Mya ketawa. Sengaja dia menyebut begitu, kerana selama ini,
jikalau hal yang melibatkan berita-berita hangat mahupun gosip, Kak Nat
terlebih dahulu tahu darinya.
“Alah,
informer tak boleh pakai lah. Kenapa
As?”
“Fazzy
kena tangkap khalwat dengan…..”
“Abang
Zaliff ke?” potong Natrah.
“Ish
akak ini, suka sangat potong cakap orang. Tak adalah, dengan orang lain.
Jadinya abang Zaliff dah tahulah perangai si Fazzy itu macam mana.”
“Oh
ye ke? Baguslah kalau macam itu. Akhirnya Allah swt tunjukkan juga kebenarannya
kan? Alhamdulillah As akak bersyukur sangat-sangat.”
“Itulah
akak. Emm..akak dah beritahu abang Zaliff tentang sakit akak itu?”
“Belum
lagi As. Akak rasa biarlah dia tidak tahu. Tadi masa akak jumpa Doktor Azlina,
doktor cakap akak ini dah tiada harapan lagi. Sel-sel barah akak dah merebak ke
paru-paru. Patutlah sejak kebelakangan ini akak rasa susah sangat nak
bernafas.”
“Ish
akak ini, dah tahap bahaya tau kak. Akak, pergilah buat kimo kak.
Sekurang-kurangnya akak masih lagi boleh bertahan.”
“Untuk
apa lagi As? Dah terlambat. Biarlah waktu yang tentukan. Sampai masanya, akak
pergi menghadapNya. Cuma satu akak nak minta dari As, tolong tengokkan
anak-anak akak ye, kalau akak dah takde nanti.”
“Akak
ini, suka cakap macam itu. Dah akak, jangan fikir yang bukan-bukan lagi. apa
yang penting, akak kena jaga hubungan akak dengan abang Zaliff.” Pujuk Mya.
“As,
kalau akak minta sesuatu dari kamu boleh?”
“Minta
apa kak?”
“Kalau
akak pergi nanti, kamu kahwin dengan abang Zaliff boleh?” terasa macam nak
terhempas telefon di tangannya, di sebabkan terkejut mendengar permintaan dari
Kak Nat. Kalau lah Kak Nat tahu cerita sebenar, Kak Nat marah As ke tidak erk?
Soal Mya sendiri.
“Akak
ini janganlah cakap macam itu. As tak bersedia lagi kak.” hanya itu sahaja yang
mampu untuk dia luahkan bagi memberi kepuasan pada Kak Nat. Masakan dia hendak
kata tidak? Sedang hakikatnya kini, dia memang isteri Zaliff. Isteri nombor
dua, dan berkahwin atas dasar terpaksa.
“Tak
akanlah abang Zaliff itu hendak peristerikan As akak? As anggap abang Zaliff
itu macam abang kandung As sendiri.” Terasa berat bebanan yang bakal di
tanggung. Bukanlah kerana permintaan Kak Nat, tetapi apa yang berlaku sekarang
ini tidak sama dengan apa yang di alaminya.
“Tak
mengapa lah As, akak harap As dapat pertimbangkan cadangan akak.”
“In
shaa Allah kak. Akak jangan tension
sangat tau. Akak kan tak sihat. Soal budak-budak itu akak janganlah risau
sangat, As dah anggap mereka itu macam anak As sendiri kak.”
“Terima
kasih As. Akak harap As tidak ambil hati dengan apa yang akak cakap.”
“Akak,
akak kenal As dah lama kan? Dah, akak jangan fikir yang bukan-bukan. Akak dah
lewat ini, akak tidur dulu eh? Ada masa nanti As datang lawat akak. Rindu
sangat dekat budak-budak itu.”
“Iyalah
As. Assalammualaikum.”
“Waalaikumsalam
kak.”
sian kat kak Nat..
ReplyDeletebut Mya tpksa menipu..
Mya terpaksa demi kehidupannya. 2 wanita yg tersepit didalam satu keadaan...
Delete