Andai benar kita suka, pasti kita mengutamakannya.. Andai benar kita kasih, kita takkan biarkan dia tersisih, Jika benar kita sayang, kita takkan benarkan dia hilang...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 27 November 2013

DIALOG CINTA KITA - BAB 15


BAB 15

            “Cik Asmya, Encik Zaliff tanya, cik sibuk lagi atau tidak?”
            “Kenapa Anna?”
            “Encik Zaliff nak berbincang sesuatu dengan Cik Mya.”
            “Dia nak saya ke bilik dia ke?”
            “Dia kata, dia datang bilik Cik Mya.”
            “Baiklah. Suruh dia masuk sekarang.”
            “Baiklah Cik Mya.”
Gagang interkom di letak. Kedengaran pintu di ketuk dari luar.
Tuk..tuk..tuk..
            “Masuk.”
Zaliff melangkah masuk. Tidak perlu di pelawa duduk pun Zaliff sudah melakukannya.
‘Memang tak belajar adab dan sopan dekat sekolah agaknya.’ Dengus Mya dalam hati.
            “Ada apa?” soal Mya.
            “Kontrak yang Datuk Amri minta itu dah finaliz  ke belum? Aku nak proceed ini.”
            “Oh, dah. Ini failnya. Ingat nak hantar ke bilik awak tadi, tetapi memandangkan awak dah datang ini, sekali jalan ajelah kan.” fail biru di sambut. Zaliff menyeluk poket seluarnya. Kunci rumah Mya di pulangkan.
            “Mana remote pagar?” soal Mya.
            “Oh, remote itu bagi aku ajelah. Lagi pun kau ada lagi satu kan?”
            “Eh? Suka-suka aje nak bagi awak. Apa hal?’
            “Kalau ada apa-apa senang aku nak datang. Tak payah nak panjat pagar kau atau bergendang pintu rumah kau.”
            “Sejak bila pula rumah saya jadi hotel persinggahan awak pula?”
            “Sejak kau jadi isteri aku lah.” Menyinga Mya mendengar jawapan dari mulut Zaliff.
            “Hello, tak bermakna bila aku minta kau kahwin dengan aku, aku kena ikut semua cakap kau. Hak aku adalah milik aku. Rumah aku tidak ada sesiapa pun boleh masuk sesuka hati kecuali aku.” Tegang suasana di antara Mya dan Zaliff.
            “Aku suami kau. Walau apa pun jadi, aku masih tetap suami kau, walaupun kita nikah dekat Song khla tapi pernikahan kita sah. Aku dah daftar pun pernikahan kita dekat Pejabat Agama. Kau kena ingat Mya, redha aku sebagai suami syurga lah tempat kau, murka aku sebagai suami, Neraka jahanamlah tempat kau. Kau pilih, mana yang kau nak check in?’ Amboi, dah pandai main ugut-ugut pula. Advance betul, cepat aje belajar kan. Mya membisu, malas dia hendak melawan cakap dengan Zaliff.
            “Ada apa-apa lagi Encik Zaliff?”
            “Tayar kereta kau aku dah tukar tayar baru. Nanti petang lepas waktu kerja terus balik rumah, jangan nak menyinggah ke mana-mana. Aku tunggu dekat rumah.”
            “Lagi?” ayat sinis.
            “Kau keluar makan dengan siapa tadi?”
            “Dengan siapa, itu bukan urusan kau kot?”
            “Dengan siapa kau keluar, dengan siapa kau berkawan sudah menjadi urusan aku. Aku tak nak tanggung dosa-dosa kau. Jadi untuk memudahkan lagi urusan kau dengan aku, simple sangat-sangat. Buat apa yang di suruh, dan tinggalkan apa yang di larang. Mudah kan?”
            “Semudah ABC kan kalau kau bercakap. Ada apa-apa lagi? aku banyak lagi kerja yang nak aku siapkan.”
            “Buat masa ini tak ada apa-apa. Tapi kalau ada yang penting aku akan update kemudian.”
            “Okey. Thank you.” ucap Mya. Naik meluat dia melihat Zaliff berlama di dalam bilik pejabatnya. Kalau boleh dia tak nak tengok muka Zaliff buat masa ini. Hatinya turut sama terluka. Kali ini langkahnya betul-betul sumbang. Niat untuk melindungi diri sendiri bertukar kepada menjahanamkan diri. Kali ini sungguh teruk dari apa yang dia jangka. Nampaknya makin susah lah Mya.
Saat hatinya semakin membengkak melihat perlakuan Zaliff pada dirinya, Mya masih lagi mampu untuk mengukir senyuman. Bukanlah kerana dia gagal untuk menyusun langkah seterusnya, tetapi dia nampak riak wajah Zaliff berubah cemburu apabila dia bertanyakan hal tengahari tadi. Mungkin dia perlu menyakitkan hati Zaliff dengan cara begitu.

Zaliff, mundar-mandir di ruang tamu. Hampir setengah jam menanti, tetapi kelibat Mya masih tidak kelihatan. Telefon bimbit di dalam poket di seluk.
            “Kau dekat mana sekarang? Pukul berapa kau nak sampai rumah?” soal Zaliff.
            “Nak balik lah ini. Saya singgah supermarket cari lauk, nak masak. Yang awak ini nak marah-marah kenapa? Ada saya suruh awak tunggu ke?”
            “Kau ingat aku ini tunggul ke, nak kena tunggu kau dekat rumah ini?”
            “Kalau rasa tak nak tunggu, kau balik ajelah. Tayar itu nanti pandailah aku minta tolong anak Uncle Wong sebelah rumah itu pasangkan.”
            “Kau tak payah nak gedik sangatlah minta tolong orang. Cepat sikit!” bentak Zaliff. Sakit hatinya, ada sahaja yang Mya jawabkan.
‘Ingat aku takut dengan kau?’ bebel Mya dalam kereta.
Setibanya Mya di rumah, vios hitam milik Zaliff telah di parkir elok ke dalam poc kereta.
‘Amboi, sejak bila pula gajah hitam ini jadi maharaja? Setahu aku, gajah hitam ini belum sign Mou lagi.’ bebel Mya. Bengkak hati apabila melihat perlakuan Zaliff yang agak keterlaluan.
            “Sejak bila pula parking kereta saya ini jadi tempat letak kereta awak pula ini?” soal Mya. Bibirnya yang mugil di ketap menahan marah. Zaliff membatu. Malas hendak mendengar bebelan Mya. Zaliff membuka bicara mengenai hal lain.
            “Kau tolong aku masakkan mi segera boleh? Aku laparlah.” Suka-suka dia aje memerintah.
            “Aku penatlah.” Ikhlas betul jawapan Mya.
            “Cepatlah, aku lapar ini.”
            “Masaklah sendiri.”
            “Kau ini memang nak check in dekat Neraka agaknya kan?” mendengarkan perkataan Neraka yang di sebut Zaliff membuatkan Mya berubah riak. Tak habis-habis nak mengugut. Berkerut seribu dahi Mya. Rasa macam nak lempang laju-laju muka Zaliff itu.
            “Kau ini tak ada rumah ke? Sibuk sangat nak makan dekat sini?”
            “Tak payah nak banyak soal sangatlah. Cepat sikit!” Mya mencebik. Dengan malas dia melangkah ke dapur juga.
‘Nak mi maggi lah apa lah. Mengada-ngada lebih.’ Bebel Mya di dapur.
            “Mya, tolong buatkan aku kopi sekali eh?” terjegil mata Mya. Sesedap rasa aje minta itu ini kan? Mya mencebik.
            “Tak baik buat muka macam itu Mya. Walaupun aku tak nampak kau buat muka, tapi Allah swt itu melihat apa yang hambaNya lakukan. Ya, aku ini bukan suami rasmi kau, tapi aku tetap suami dan kau patut hormat aku. Berdosa hukumnya kalau kau buat macam itu.”
            “Hai lah Encik Zaliff, tak payahlah nak bercerita soal dosa pahala dengan saya. Apa yang awak buat pada saya itu pun sudah tergolong di antara dosa-dosa yang besar tau. Kalau awak, saya tak maafkan, sampai bila-bila lah awak tanggung dosa itu Encik Zaliff. Saya ini tidak pernah rela dan awak itu di kategorikan sebagai penceroboh tau.”
            “Tapi sekurang-kurangnya aku sudah bertanggungjawab.”
            “Sebab awak kena paksa dengan saya. Saya ugut awak. Kalau tidak mesti awak tak akan cakap pasal tanggungjawab dengan saya kan? oh ya, saya dengar kekasih hati ayang awak itu kena tangkap khalwat? Betul ke?”
            “Mana kau tahu cerita ini?”
            “Bangkai, mana boleh sorok. Lama-lama bau juga.”
            “Kepoh juga kau ini erk?”
            “Saya tak kepoh, tapi dah orang nak bercerita saya dengar ajelah. Sabar ajelah, nanti lepas awak dah ceraikan saya, bolehlah awak ambil dia sebagai isteri awak. Itu pun kalau lelaki yang kena tangkap dengan dia itu tak nak bertanggungjawablah kan.”
            “Tak ada maknanya aku nak kahwin dengan perempuan macam itu. Perempuan tak pandai jaga diri. Entah berapa ramai lagi jantan yang bertunggu-tangga dekat rumah dia itu.” Bebel Zaliff. Keras suara dia.
            “Ceh, tak ada makna konon. Dulu pun awak bertunggu-tangga juga dekat rumah dia kan? Dulu-dulu pun, dia yang awak kejar separuh nyawa kan? Kak Nat yang dekat rumah itu pun awak buat tak pandang. Esok-esok kalau Kak Nat dah tiada, janganlah pula awak menyesal ya Encik Zaliff.”
            “Kenapa kau cakap macam itu?”
            “Tidak selamanya hidup ini menongkat langit Encik Zaliff. Dan tidak selamanya umur kita ini panjang. Allah, kalau nak cabut nyawa kita tak tunggu sesaat pun. Sekarang ini pun kalau Allah swt perintahkan Malaikat Izrail cabut nyawa Encik Zaliff, anytime pun boleh. Jadinya Encik Zaliff bertaubatlah sebelum terlambat.” Sekadar memberi peringatan buat dirinya dan Zaliff. Mi segera dan kopi yang masih panas di hidangkan di atas meja.
            “Jemput makan Encik Zaliff.” Pelawa Mya.
Zaliff mengerling sekilas. Terasa benar dirinya dengan kata-kata Mya terhadapnya. Tak selamanya hidup  kita ini menongkat langit, di ulang kembali kata-kata Mya yang masih lagi terngiang-ngiang di telinganya.
Sesudah dia menghabiskan semangkuk mi segera, kelibat Mya di cari.
            “Mya.” Panggil Zaliff. Sunyi.
‘Mana pula minah ini pergi?’ soal Zaliff.
Pintu bilik Mya di kuak, Mya khusyuk menunaikan solat Asar. Zaliff melabuhkan punggungnya di birai katil.
            “Siapa beri kebenaran pada awak masuk bilik saya?” soal Mya. Zaliff memang suka benar cari pasal dengannya.
            “Bilik kau kan bilik aku juga.”
            “Suka-suka hati awak aje nak cakap macam itu.” Rungut Mya.
            “Malas aku nak bertekak dengan kau, kunci kereta kau mana?” soal Zaliff.
            “Kau nak buat apa?”
            “Aku nak balik lah.”
            “Awak nak balik, bawalah kereta awak. Kenapa pula awak nak kena bawa kereta saya?”
            “Tayar kereta kau itu nak kena bawa pergi alignment. Kau itu bukannya tahu pun bab-bab tayar ini. Besok pagi kau pergi kerja bawa aje kereta aku.”
            “Malaslah. Nanti orang nampak, mereka semua question mark dekat saya.”

            “Tak payah nak degil sangatlah. Cepat!” suka-suka aje nak tinggi suara dekat Mya. Mya terpaksa akur.

2 comments:

  1. pandai betul si Zaliff ni mengugut yek.. bertazkirah
    yg tak boleh blah ada rase.cemburu gak..
    ngekk lah zaliff ni
    ok..next..

    ReplyDelete
  2. Cemburu mengada2 namanya. Next nanti malam eh....

    ReplyDelete