Andai benar kita suka, pasti kita mengutamakannya.. Andai benar kita kasih, kita takkan biarkan dia tersisih, Jika benar kita sayang, kita takkan benarkan dia hilang...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, 11 May 2013

J.K (1)


BAB 1
Nama aku Zuelaikha Batrisyia binti Haji Zainuddin. Aku bekerja sebagai Assistant Engineer di salah sebuah syarikat engineering di kawasan perindustrian Tampoi. Sudah masuk tahun kelima aku bekerja disitu. Suasana kerja boleh dikatakan okeylah, kawan-kawan pun ramai juga..Cuma yang tak okey nya ialah bos aku. Anti betul dengan Engineer perempuan, aku lah tu.. sebab aku seorang aje engineer perempuan kat situ. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi aku layankan aje…
Ada satu pagi itu aku masuk lewat, sebab hantar anak aku ke klinik.. oh ya lupa nak beritahu. Aku ada seorang anak lelaki, nama dia Muhammad Aisy Zakuan bin Abdullah. Aku panggil Aisy. Sebenarnya dia ini anak angkat aku. Aku jaga dia dari umur dia 2 bulan, kira baru lahir jugalah. Sekarang umur dia dah nak masuk 6 tahun. Bayangkan umur aku 20 tahun, aku dah jadi ibu. Tapi itu semua tak pelik kot? Sebab orang dulu-dulu pun kahwin awal. Ada yang umur 16 tahun sudah ada anak. Waktu itu aku masih lagi belajar dekat UTM Skudai.
Aku dapat Aisy dari seorang senior aku di UTM. Biasalah anak tidak sah taraf. Ada ke patut dia nak bagi Aisy dekat keluarga yang bukan islam, gila ke apa? jadi aku buat keputusan untuk ambil dia. Mula-mula takut juga bonda dengan ayah aku marah, tapi lepas aku bawa balik Aisy, tunjuk dekat bonda dan ayah aku, diorang semua setuju. Untuk menghalalkan hubungan aku dengan Aisy, aku tekad untuk menyusukan dia. Bonda setuju. Aku pergi dapatkan ubat hormon untuk aktifkan kilang susu aku. Nasib baik ayah ada kenalan yang bekerja sebagai doktor, jadi mudahlah urusan aku. Tak banyak persoalan yang nak kena aku jawab.
Mula dari situlah aku dan Aisy menjadi muhrim. Nasib baik waktu aku ke kampus, bonda tolong jaga Aisy. Lagipun kami duduk di BBU, jadi tiada masalah bagi aku untuk ke kampus. Ayah pula pengetua di Sekolah Menengah Tun Fatimah. Bonda pula menguruskan taska cahaya ilmu dia dekat Taman Skudai Kiri.
Berbalik pada cerita aku tu..ada satu pagi aku masuk lewat. Hantar Aisy ke klinik, bos aku punya marah, dia hamun aku depan staf lain. Pergghhh… aku rasa macam nak hempuk aje muka dia, tapi aku tetap control cun. Lagipun aku malas nak gaduh sebenarnya. Kawan-kawan aku semua tahu aku ada anak angkat.
            “maaf Encik Fuad, tapi saya dah inform pada kak Mon saya masuk lewat, hantar anak saya ke klinik” jawapan yang aku beri bila dia minta aku masuk ke bilik pejabat dia. Wajah mencuka Encik Fuad menggambarkan bahawa dia betul-betul sedang marah pada aku.
            “I peduli apa anak you sakit ke apa ke, you takde anak sibuk you nak ambil anak angkat, lepas itu semua kerja you  delay. You ingat company ini bapak you punya ke? Suka-suka nak masuk lambat?”
            “sorry Encik Fuad, bapak-bapak jangan mention la..lagipun baru hari ini saya masuk lambat, itupun kecemasan tau. Bukan suka-suka. Gaji saya pun kena potong apa. Kira time off. Apa lagi yang Encik Fuad nak bisingkan?” sahaja aje aku buat dia angin. Apa dia ingat dia boleh suka-suka buli aku? Tapi aku cakap dalam hati ajelah. Mahunya aku kena lempang laju-laju dengan dia.
            “dah awak boleh pergi, tapi sebelum itu saya nak awak siapkan drawing yang saya minta semalam. Jangan bagi alasan tak siap pula tau. Tak nak dengar macam-macam alasan. Bingit telinga.”
            “baik bos..”itu ajelah yang aku cakap. Malas nak cakap banyak-banyak. Tak guna satu sen pun kalau dengan Encik Fuad ni.
Aku rasalah, kalau aku ini jahat dah lama aku bakar kereta dia itu. Tapi iman aku masih kuat. Malas nak buat musuh. Tengok aje nanti, satu hari nanti mesti Allah swt makbulkan doa orang yang teraniaya.

Hari minggu macam ini selalu aku chill dengan Aisy. Kadang-kadang pergi tengok wayang, kadang-kadang lepak dekat Danga Bay aje. Aisy suka main skateboard kat sana.
            “umi..petang ini kita pergi main skate nak? Aisy dah janji dengan Akmal nak jumpa dekat sana” Aisy ajak aku ke Danga.
            “boleh sayang, tapi lepas umi teman Aisy, Aisy pula kena teman umi pergi shopping eh?”
            “okey umi..”

Itulah rutin aku kalau hari minggu. Aku tak dapat bayangkan hidup aku kalau takde Aisy. Walaupun bukan aku yang lahirkan dia, tapi aku dapat rasakan kasih sayang, chemistry yang ada pada aku dan Aisy. Biarlah apa orang nak cakap, apa orang nak kepoh..yang penting bagi aku, aku bahagia dengan Aisy.
Awal pagi selalunya aku yang hantar Aisy ke sekolah Tadika. Aisy masuk tadika cina, sahaja aku hantar. Kalau boleh aku nak dia tahu berbahasa cina, tapi itu tidak bermakna aku ketepikan soal agama. Aisy pun cukup solat lima waktu tau. Puasa pun tak tinggal. Balik sekolah, bonda yang ambil Aisy. Aisy duduk taska dengan bonda.
            “okey sayang, nanti tengahari nek bonda ambil Aisy tau. Jangan nakal, ingat spelling yang umi ajar tu, kalau salah umi rotan Aisy tau..”pesanku.
            “yes madam!”jawab Aisy.

Saturday, 4 May 2013

JOm lah..Kahwin!


Entri terbaru kali ini, apa pulak kaitan JOM LAH..Kahwin ! ini? ha.. mesti dapat agak kan? InsyaAllah manuskrip ini akan siap tidak lama lagi, tapi macam yang sebelum-sebelum ini... pastinya Ct akan kongsikan dengan korang sedikit tentang bab permulaan cerita ini. 
Apa pun review dia akan Ct share kan dulu, nak minta korang endingkan lah, kot-kot ada idea yang boleh Ct manfaatkan untuk cerita yang terbaru ini....
Apa yang siti kongsikan pun, mestilah berkaitan dengan kehidupan kita seharian, cuma bezanya antara kita semua ada cerita yang suka, duka... apa pun pengakhirannya mesti gembira kan? Kisah yang Ct nak kongsi ini tentang seorang gadis yang agak simple, belum berkahwin lah kan, tetapi sudah punya anak... ha... itu kenalah baca nanti tentang kisah ini....macamana dia dapat anak ke, dia ada anak dari hubungan terlarang ke, atau anak angkat ke, atau anak tekak ke??? hahahahahah..
but the best part is... bila satu hari ada insiden yang menjadikan dia seorang yang sangat bengis..sebabnya?? kenalah baca.....
Se simple mana pun gadis itu, tetap ada hati yang menginginkan dia bahagia..yang inginkan dia sentiasa senyum, tapi???? lagi sekali Ct kata..kenalah tunggu okey...
sikit aje Ct share.. nanti bila korang rasa ada ending yang best korang komen k.... hope korang suka....
enjoy!!!!


S.N.Hidayah Haron



Wednesday, 1 May 2013

27 APRIL 2013

Bermula hanya sekadar suka-suka, impian untuk bergelar penulis menjadi kenyataan kini. Walaupun terlalu banyak rintangan yang harus aku tempuhi, tetapi aku tekad untuk terus gapai impian itu menjadi sebuah mimpi indah dalam hidup aku... Jikalau dulu, sewaktu aku berada di bangku sekolah menengah, aku mencoretkan sebuah cerita menggunakan buku-buku sekolah, dan yang menjadi pembaca setia aku hanyalah sahabat-sahabat yang terdekat, tapi aku puas.. sekurang-kurangnya coretan aku menjadi bahan baca untuk mereka. Ibu selalu marah, sebab aku selalu gunakan buku-buku latihan untuk dijadikan novel versi budak sekolah. tapi itu dulu...

Manuskrip pertama aku hasilkan mengambil masa yang terlalu lama, hampir 2 tahun lamanya.. tetapi aku hampa, kerana ianya ditolak di atas alasan ianya tidak bermutu. Aku bangkit lagi dengan menaip manuskrip yang kedua, Alhamdulillah dalam masa 3 bulan, jawapan yang aku terima amat-amat mengembirakan hati. Takdir buat Q, melepasi ujian untuk di terbitkan..  apabila pihak penerbit memberi kata putus untuk mencetak Takdir buat Q ke versi Novel, aku amat-amat terharu. menangis?? itu sudah semestinya.... 
Disebalik kejayaan kita, tentulah ada orang yang menyokong..betul tak? Yang banyak beri semangat siapa lagi kalau bukan suami aku... kadang-kadang itu siap bagi idea lagi nak buat cerita apa.. Alhamdulillah, masa yang kadang-kadang aku habiskan depan laptop tak sia-sia belaka... BFF aku? hari-hari kita orang berskype untuk bertukar-tukar idea dan pandangan. yang seronoknya hanya kita bertiga sahaja yang tahu apa yang kita lakukan, kita bualkan, kita lakukan.. kadang-kadang selit juga cerita hiburan semasa, kadang-kadang pulak, cerita tentang shopping sana-sini.. tapi tajuk utama tak lari...semuanya kerana NOVEL...
bila aku oFFline, Kak Anna lah jadi tempat aku rujuk, selalunya bila aku perlukan dialog bahasa inggeris. Bukan apa, aku ini tak pakar sangat nak speaking london, jadi dialah aku rujuk. Alhamdulillah, 3 tahun berjiran dengan dia di Tips Industry, dia seorang yang tak lokek ilmu walaupun kadang-kadang dia suka sound direct.. hahahaha..tapi bukan sound aku lah..sound orang lain.. berani sound aku... nanti aku tak nak tegur dia sebulan...(gurau jer)..

Cerita aku ini pun semakin mengarut dah ni... apa pun tujuan utama aku ialah untuk berkongsi sedikit bingkisan sewaktu aku menghadirkan diri di Pesta Buku Antarabangsa 2013 di PWTC, sebagai seorang penulis baru didalam industri penulisan.. (betul ke ayat aku ini?)
Aku memang betul-betul tak sangka, dan aku rasa macam dalam mimpi pulak bila kaki aku betul-betul berhenti di hadapan BILIK MELAKA.....


                                                                                                     
Semua itu bagai mimpi, tapi dimana bumi di pijak di situ lah langit dijunjung.. First time, memang menggigil kaki, aku terus call Puan Aida, sebabnya aku tak boleh nak masuk, penuh orang depan pintu bilik Melaka. sebabnya mereka semua ini nak jumpa dengan penulis Kak MELUR JELITA.. aku rasa bangga dengan dia, aku rasa seronok sangat dengan dia.. aku duduk sebaris dengan dia sebagai penulis, cuma aku masih baru dalam bidang ini. dengan sambutan pembaca yang amat-amat memeranjatkan aku, hinggakan aku rasa bilik Melaka ini sudah dilanda tsunami. Berebut-rebut orang nak dapatkan buku, nak bayar buku, nak dapatkan tandatangan penulis.... sungguh hebat penangan PBAKL2013 ini...
 Inilah dia penulis buku, AWAK SUKA SAYA TAK ? dia juga penulis buku I LOVE YOU STUPID dan terbaru MY PRECIOUS IRIS... KAK MELUR JELITA..

tak menang tangan MELUR JELITA melayan peminat dia. Tapi aku kagum dengan kesungguhan dia.. yang tidak menghampakan peminat dia...


inilah dia BIG BOSS karyaseni dan penulisan2u.. dia pun sama macam kami, penulis jugak.. Fans dia ramai....

si comel ini... NURUL AIN SYUHADA.. penulis novel CINTA KONTRAK dan BE MY WIFE.. suka sangat dengan dia..sebab dia comel.....

dah siap tandatangan......

yang ini orang kuat Penulisan2u.. Kak EPPY SAFRI

dia ini orang kuat saya... SYALIFAH MUADDAH.. thanx dear sebab sudi datang.. sangat-sangat hargai dengan kesungguhanmu walaupun penangan PBAKL membuatkan kau demam teruk.... love you lah... untuk SURIANI AYES, TBQ sentiasa ada untuk anda.. jangan baca skip-skip okey..baca sehelai demi sehelai...

x ingat nama kakak ini.. hahaha... kalau kakak ini terbaca entry saya, akak komen eh nama akak sapa... saya remaks akak yang no 1..




Inilah dia kawan facebook.. REEN AZREEN... sayang kamu...

yang ini pun kawan fb.. SHA MSLOVE... sayang kamu juga.... 
si cantik inilah dia.... namanya QURAISYAH... dia kata bila dia terbaca sinopsis TBQ, then nama dia pulak itu QURAISYAH dia terus nak beli buku itu.. thanx dear...sayang kamu jugak...

apa pun penangan PBAKL membuatkan aku tak tidur lena.. terima kasih semua yang menyokong... pada mereka yang tak sempat saya rakamkan bingkisan, In Sha Allah, ada masa kita jumpa lagi okey.......

by : S.N.Hidayah Haron