Manuskrip pertama aku hasilkan mengambil masa yang terlalu lama, hampir 2 tahun lamanya.. tetapi aku hampa, kerana ianya ditolak di atas alasan ianya tidak bermutu. Aku bangkit lagi dengan menaip manuskrip yang kedua, Alhamdulillah dalam masa 3 bulan, jawapan yang aku terima amat-amat mengembirakan hati. Takdir buat Q, melepasi ujian untuk di terbitkan.. apabila pihak penerbit memberi kata putus untuk mencetak Takdir buat Q ke versi Novel, aku amat-amat terharu. menangis?? itu sudah semestinya....
Disebalik kejayaan kita, tentulah ada orang yang menyokong..betul tak? Yang banyak beri semangat siapa lagi kalau bukan suami aku... kadang-kadang itu siap bagi idea lagi nak buat cerita apa.. Alhamdulillah, masa yang kadang-kadang aku habiskan depan laptop tak sia-sia belaka... BFF aku? hari-hari kita orang berskype untuk bertukar-tukar idea dan pandangan. yang seronoknya hanya kita bertiga sahaja yang tahu apa yang kita lakukan, kita bualkan, kita lakukan.. kadang-kadang selit juga cerita hiburan semasa, kadang-kadang pulak, cerita tentang shopping sana-sini.. tapi tajuk utama tak lari...semuanya kerana NOVEL...
bila aku oFFline, Kak Anna lah jadi tempat aku rujuk, selalunya bila aku perlukan dialog bahasa inggeris. Bukan apa, aku ini tak pakar sangat nak speaking london, jadi dialah aku rujuk. Alhamdulillah, 3 tahun berjiran dengan dia di Tips Industry, dia seorang yang tak lokek ilmu walaupun kadang-kadang dia suka sound direct.. hahahaha..tapi bukan sound aku lah..sound orang lain.. berani sound aku... nanti aku tak nak tegur dia sebulan...(gurau jer)..
Cerita aku ini pun semakin mengarut dah ni... apa pun tujuan utama aku ialah untuk berkongsi sedikit bingkisan sewaktu aku menghadirkan diri di Pesta Buku Antarabangsa 2013 di PWTC, sebagai seorang penulis baru didalam industri penulisan.. (betul ke ayat aku ini?)
Aku memang betul-betul tak sangka, dan aku rasa macam dalam mimpi pulak bila kaki aku betul-betul berhenti di hadapan BILIK MELAKA.....
Semua itu bagai mimpi, tapi dimana bumi di pijak di situ lah langit dijunjung.. First time, memang menggigil kaki, aku terus call Puan Aida, sebabnya aku tak boleh nak masuk, penuh orang depan pintu bilik Melaka. sebabnya mereka semua ini nak jumpa dengan penulis Kak MELUR JELITA.. aku rasa bangga dengan dia, aku rasa seronok sangat dengan dia.. aku duduk sebaris dengan dia sebagai penulis, cuma aku masih baru dalam bidang ini. dengan sambutan pembaca yang amat-amat memeranjatkan aku, hinggakan aku rasa bilik Melaka ini sudah dilanda tsunami. Berebut-rebut orang nak dapatkan buku, nak bayar buku, nak dapatkan tandatangan penulis.... sungguh hebat penangan PBAKL2013 ini...
Inilah dia penulis buku, AWAK SUKA SAYA TAK ? dia juga penulis buku I LOVE YOU STUPID dan terbaru MY PRECIOUS IRIS... KAK MELUR JELITA..
tak menang tangan MELUR JELITA melayan peminat dia. Tapi aku kagum dengan kesungguhan dia.. yang tidak menghampakan peminat dia...
inilah dia BIG BOSS karyaseni dan penulisan2u.. dia pun sama macam kami, penulis jugak.. Fans dia ramai....
si comel ini... NURUL AIN SYUHADA.. penulis novel CINTA KONTRAK dan BE MY WIFE.. suka sangat dengan dia..sebab dia comel.....
dah siap tandatangan......
yang ini orang kuat Penulisan2u.. Kak EPPY SAFRI
dia ini orang kuat saya... SYALIFAH MUADDAH.. thanx dear sebab sudi datang.. sangat-sangat hargai dengan kesungguhanmu walaupun penangan PBAKL membuatkan kau demam teruk.... love you lah... untuk SURIANI AYES, TBQ sentiasa ada untuk anda.. jangan baca skip-skip okey..baca sehelai demi sehelai...
x ingat nama kakak ini.. hahaha... kalau kakak ini terbaca entry saya, akak komen eh nama akak sapa... saya remaks akak yang no 1..
Inilah dia kawan facebook.. REEN AZREEN... sayang kamu...
yang ini pun kawan fb.. SHA MSLOVE... sayang kamu juga....
si cantik inilah dia.... namanya QURAISYAH... dia kata bila dia terbaca sinopsis TBQ, then nama dia pulak itu QURAISYAH dia terus nak beli buku itu.. thanx dear...sayang kamu jugak...
apa pun penangan PBAKL membuatkan aku tak tidur lena.. terima kasih semua yang menyokong... pada mereka yang tak sempat saya rakamkan bingkisan, In Sha Allah, ada masa kita jumpa lagi okey.......
hehehhe..mana tw nie saya nk bc skip2... :)
ReplyDeletemna boley skip2.. nanti xd feel tau....
Delete