BAB 2
Telefon bimbit Wisyah berdering..
"ishh..mamat hantu ni nak apa lagi agaknya. Satu hari kalau tak kacau aku tak sempurna agaknya hidup dia.." getus Wisyah dalam hati.
"Hello..Wisyah u kat mana?" jerkah Danial bagai dirasuk hantu
"Hello..Assalammualaikum.. kalau ye pun bagilah salam. Jangan main terjah je. Macamni ke orang yang belajar tinggi ilmunya?" sempat lagi Wisyah mengenakan Danial. Mendalam sungguh maksud kata-katanya.
"Eh..suka hati saya lah nak kata apa pun. Bil phone awak ke yang kena charge? Dah pukul berapa sekarang? Dah tak jumpa jalan balik rumah ke? Atau awak dah jumpa rumah jantan lain kat luar sana tu?" Tuduh Danial tanpa usul periksa.
"Amboi..pakcik..sesedap rasa mengata orang ye. Ingat saya ni hidup cara barat ke? Suka-suka nak keluar dengan mana-mana lelaki. Lainlah orang yang belajar tinggi, sampai tak boleh beza pahala dan dosa.." geram hatinya tidak terkata. Dihambur sahaja apa yang terlintas difikirannya. Baginya Danial Hakim sudah terlalu melampau sehingga menuduhnya melakukan perkara yang tidak elok.
"Pandai awak bercakap ye. Saya peduli apa, awak tu dah jadi tanggungjawab saya, so sendiri mau ingatlah ye. Bukan saya ni 24 hour nak kena jaga awak tau. Pandai keluar rumah panda-pandailah balik sarang"
"Tak perlu busybody okey tentang hidup saya. Awak jaga diri awak saya tahu jaga diri saya. Terima kasihlah banyak-banyak sebab rasa diritu bertanggungjawab. Rasanya tak perlu kot.."
Danial terus mematikan talian. Sakit hatinya bila Wisyah melawan setiap kata-katanya. Dia silap, Wisyah bukan lah gadis kampung yang mudah menangis ataupun cengeng bila diherdik. Wisyah seorang wanita yang amat cekal walau dalam keadaan apa sekalipun.
"lahabau punya orang. Kenapa kau tak habis-habis nak sakitkan hati aku ha? Aku ada buat salah dengan kau ke?" jerit Wisyah sendirian didalam keretanya. Puas bila dia mengeluarkan segala yang terbuku walaupun hanya sekadar menjerti didalam kereta.
Wisyah melangkah longlai menuju kedalam rumah. Segala barangan dapur yang dibeli diletakkan diatas meja makan. Dia perlu menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim terlebih dahulu. Lagipun waktu asar masanya terlalu singkat.
"Ya Allah Ya Tuhanku, kau ampunkanlah dosa-dosa ku ya Allah, kau ampunkanlah dosa-dosa suamiku, serta kaum keluargaku ya Allah. Kau berikanlah kami petunjuk serta hidayahmu ya Allah. Kau lindungilah kami dari api nerakamu ya Rahman. Sesungguhnya hanya kepadamu lah tempat aku mengadu. Ya Rahim, sekiranya dia telah tercipta untukku, kau buka kanlah pintu hatinya untukku. Kau limpah kurniakan kami dengan kebahagiaan ya Allah.. amin ya rabbal alamin"..
Bagi Wisyah hanya itu sahaja jalan yang dia ada untuk dia lakukan. Biarlah Tuhan menentukannya kesudahan cerita tentang hidupnya.
as salam..tak de sambungan ke?.
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Tercipta untukku terpaksa dihentikan. Sbb ceritanya ada persamaan dgn novel yg lain...
ReplyDelete