Andai benar kita suka, pasti kita mengutamakannya.. Andai benar kita kasih, kita takkan biarkan dia tersisih, Jika benar kita sayang, kita takkan benarkan dia hilang...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 25 November 2011

* TERCIPTA UNTUKKU *

BAB 1

Saat diijabkabulkan memang adalah saat yang indah bagi semua insan yang bergelar wanita. Tetapi tidak bagi Nur Darwisyah bte Zulkifli. Baginya tarikh keramat 16 Mei 2010 itulah tarikh yang membawanya kepada kehidupan yang derita. Dia dinikahkan dengan seorang insan yang langsung tidak dikenali. Dia juga akan tinggal sebumbung dengan insan yang langsung tidak pernah dia jumpa apatah lagi untuk dia cintai. Sesungguhnya gadis yang bernama Wisyah itu adalah gadis yang terpilih untuk Allah s.w.t memberikan suatu ujian yang akan membuatkan gadis ini semakin tabah dalam mengharungi ranjau kehidupan.
"Danial Hakim bin Dato' Abdullah"
"saya" jawabnya selamba
"Aku nikahkan dikau dan aku kahwinkan dikau dengan Nur Darwisyah bte Zulkifli dengan maskahwinnya RM 22.50 tunai"
"Aku terima nikah Nur Darwisyah bte Zulkifli dengan maskahwinnya RM 22.50 tunai"
Hanya dengan sekali lafaz sahaja, Wisyah sudah bergelar isteri kepada Danial Hakim. Mereka tidak pernah bertemu, apatah lagi untuk bercinta. Dia dipertemukan sewaktu majlis merisik yang diaturkan kedua orang tua mereka. Dia juga dipaksa untuk terima, atas alasan jodoh yang diaturkan akan berkekalan.
Wisyah setuju untuk disatukan. Atas alasan tidak mahu menderhaka. Masih adakah lagi ibu bapa yang mengaturkan kehidupan untuk anak-anak mereka, sehingga soal jodoh juga diuruskan? Zaman sekarang zaman IT, orang cari jodoh guna jalur lebar.
Wisyah redha dengan ketentuan illahi, kerana inilah suratan kehidupan yang harus dia terima. 'Dia telah diciptakan untukmu'..
Tatkala kedengaran kompang di palu, pengantin lelaki hanya membisu dirundung pilu. Wisyah terpaku, mengenang nasib yang dia sendiri tidak tahu hala tuju. Adakah dengan perkahwinan ini memberi dia sinar ataupun hanya kesedihan yang berpanjangan.
Saat malam pertama dinikmati, wisyah hanya termanggu sendiri. Sedang pasangan yang baru berkahwin melayari bahtera cinta, tetapi mereka hanya diam terpaku membawa haluan sendiri.
Terimbas kembali peristiwa disiang hari, seharusnya wisyah dan Danial sama-sama bergotong royong bersama jiran tetangga, tetapi lain pula jadinya. Danial mengurung dirinya, sedangkan Wisyah terpaksa menebalkan muka disaat jiran bertanya dimana 'suami' nya.
"Abang Danial tak sihat Mak Ros. Semalam sewaktu dalam perjalanan ke mari, dia demam. Jadi dia tak dapat nak tolong cuci periuk" itulah alasan yang diberikan.
Wisyah terpaksa berbohong, untuk menjaga maruah suaminya.

Di dalam bilik, Danial masih dengan sikap tidak mengerti. Sedangkan segalanya disediakan untuknya. Bilik tidurnya direnung dari segenap ruang. Wisyah melangkah masuk, terhenti lamunan Danial tatkala terdengar bunyi kuakan pintu.
"awak kemana tadi? awak tak payah nak sibuk-sibuk lah kat dapur tu. bukan ke ramai jiran tetangga yang membantu. Sibuk sangat ke nak bercerita tentang saya kat semua orang ?" jerkah Danial dengan tidak semena-mena. Apa yang berlaku dan apa yang terjadi langsung dia tidak peduli. Yang hanya dia tahu menyakiti hati wanita itu. Baginya dengan cara begitu sahaja dia dapat membenci Wisyah. Untuk menyayangi jauh sekali baginya.
"saya tolong apa yang patut. Lagipun ini rumah ibu dan abah saya, kalau saya yang tidak membantu siapa lagi? Perlu ke saya mengharap orang lain? Rasanya tidak bukan? Sebab orang saya perlukan pun bukan nya sudi membantu, apatah lagi menjengah. Tak mengapalah penat saya dan keluarga bukan untuk dibayar. Saya pun tak minta jadi begini" cukup pedas kata-kata Wisyah sehinggakan Danial terasa bahangnya. Hebat wanita ini. Tidak sekali dia mengeluh.
"hmm..hebat cara awak kenakan saya ye.. saya ingat gadis kampung macam awak ni tak pandai melawan." Danial menjuih bibirnya.
"Encik Danial, walaupun pelajaran saya tidak sehebat kamu, tapi saya tahu cara adab dan sopan kita dimana sahaja kita berada. Tidak kiralah sama ada di kampung mahupun bandar. Saya bukan jenis melayu yang lupa diri" balas Wisyah lagi.
"Baguslah kalau macam tu.Saya pun sebenarnya malas nak layan gadis kampung ni. Tak ada taste.So awak harus tahu yang perkahwinan kita dirancang keluarga. Bukan kehendak saya ataupun awak. Status sebagai suami dan isteri hanya diatas sekeping kertas. Tidak lebih dari itu. Jadi awak tak perlulah nak berangan yang saya akan cintakan awak. Dan awak juga jangan sesekali melahirkan rasa cinta terhadap saya, walhal saya ini suami awak. Awak faham Wisyah?" Danial menamatkan bicara. Badannya dipaling kearah dinding. Tidurnya juga bukan diatas katil. Dia lebih selesa berbaring dilantai beralaskan permaidani. Benci sungguh dia pada wisyah.
Wisyah mengalirkan air mata saat dia merebahkan badannya di tilam. Sungguh berat ujian dariNYA. Mampukan dia tanggung segalanya. Dia hanya insan biasa, yang diciptakan Allah mempunyai hati dan perasaan. Perasaannya dipermainkan, jiwanya didera, emosinya teraniaya.
Adakah ini alam rumahtangga yang indah? yang selalu dibicarakan oleh bapanya? Kalau benar ini yang dikatakan indah, dia redha.
'Ya Allah hanya kepadamu lah aku mengadu' keluh Wisyah..

Seminggu berlalu, semua yang berlaku dilupakan begitu sahaja. Sudah sampai masa untuk meneruskan tugas-tugas yang sudah lama terbengkalai. Bertindak sebagai Pengurus Pemasaran di sebuah syarikat di bandaraya Johor Bahru.
Seperti yang diduga, rakan-rakan sepejabat pasti mengusik dengan deraian ketawa. Tidak kurang juga ayat-ayat yang panas telinga bila mendengarnya. Tujuannya hanya satu, untuk mengusik pengantin baru lagaknya.
'huh..mereka ni tak ada kerja lin ke.. asyik nak sindir-sindir aku' keluh Wisyah sendiri.
"Morning Wisyah, berseri pengantin hari ini. Rahsia apa malam tadi?" tegur Lydia budak akaun bilik sebelah.
"fewiiitt...pengantin...macamana? best tak?" Tanya Liza.
Perkataan 'best' yang dimaksudkan amat difahami oleh Wisyah, sedikit sebanyak pipinya merona merah. Sedang hakikatnya, dia masih lagi dara. Wisyah terus melangkah menuju kebiliknya tanpa meperdulikan sesiapa. Rindu dengan tempat duduknya, tempat dia meluah perasaan sama seperti dia mengenang nasibnya. Menjalankan tugah harian mahupun berangan.

Telefon bimbitnya berbunyi. Malas rasanya untuk dia menjawab panggilan, apatah lagi panggilan dari orang normal tapi tiada perasaan. Dilihatnya skrin telefon. Terpapar nama Danial Hakim..
"argghhh... tension aku. Apalagi lah yang mamat ni nak? Bosan lah aku" jeritnya sendiri. Ditekan butang hijau telefon nya, menjawab panggilan.
"Assalammualaikum.." jawabnya lemah.
"Waalaikumsalam.. Sorry lah ganggu, just nak inform you. Tomorrow i akan ke penang ada appointment dengan client, maybe for two or three days, so kalau ada siapa-siapa cari saya dirumah you should be inform yang i outstation okey. Tak perlu kepoh rasanya kemana i pergi, just inform i outstation okey?" sempat lagi dia menyakiti wanita itu sekali lagi. Tidak cukup dengan perbuatan, malah kata-katanya juga berbaur sindiran.
Mungkin saat itu wajahnya terlalu jengkel memandang Wisyah.
Mengalir airmatanya buat kali kedua. Sudah tidak berdaya menahan. Hatinya terlalu perit. Hendak sahaja dia berlari jauh dari segala permasalahan ini. Apakan daya, keputusan yang dia buat juga memakan dirinya. Tidak mahu jadi anak derhaka, tetapi dalam masa yang sama dia menyakiti dirinya sendiri.
"Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnya hanya kepadamu lah aku memohon pertolongan. Kau lindungilah aku dari orang-orang yang kejam. Kau kuatkan lah semangat aku sebagai Hamba-mu ya Allah" itulah doa Wisyah setiapkali hatinya disakiti.
Seharian bekerja, Wisyah dapat rasakan hilang segala masalah yang menimpa, seperti dunia ini amat mengerti perasaan dan gelora dihatinya. Semua tugas telah wisyah selesaikan, segala urusan telah Wisyah 'settlekan'..hanya menunggu waktu untuk dia pulang meninggalkan pejabat yang banyak memberi ketenangan kepadanya.
Jam di tangannya menunjukkan ke pukul 5 petang. Wisyah mengeluh sendirian.
"arrghhh..bosannya aku nak menghadap muka hantu sewel tu" keluhnya sendiri.

Dalam perjalanan pulang , wisyah sempat mengambil kesempatan untuk menyinggah sebuah pasaraya yang berdekatan. Tujuannya untuk berbelanja sedikit barangan keperluan dapur, kalau tidak sudah tentu dapurnya tidak berasap tetapi perutnya yang masuk angin keluar asap. Hendak diharapkan Danial, mati kelaparan lah jawabnya..
Sedang Wisyah asyik memilih barangan dapur yang ingin dibelinya, dia diperhatikan oleh seseorang yang dia sendiri tidak kenal. Lebih menghairankan lagi sipemerhati adalah seorang wanita sepertinya. Wisyah mengambil keputusan untuk menegurnya.
"Assalammualaikum.. boleh saya bertanya? Kenapa adik ni asyik tengok kakak dari tadi? Kakak ada buat salah dengan adik ker?" Tanya Wisyah berterus-terang.
"Waalaikumsalam..maaflah kak, kalau saya buat akak tak selesa. Actually nama saya Zulaikha, kalau saya tak silap akak ni wife abang Danial kan?" Tanya si gadis manis.
"Mana awak tahu saya isteri Danial Hakim?" soal Wisyah lagi
"Saya teringatkan gambar pengantin akak, masa officemate saya pergi majlis kat rumah akak hari tu. Maaflah kak, saya tak dapat datang sebab ada urusan keluarga. Tak sangka saya, akak lebih cantik dari dalam gambar tu. Untung abang Danial dapat isteri secantik akak..cantik sangat.." pujinya lagi..
Wisyah tersenyum sendiri, hatinya berkata sesuatu
'huh..cantik konon, tapi tak ada function pun dik oii..' selorohnya dalam hati.
"Akak seorang je ke? Abang Danial tak ikut akak? Berani betul abang Danial tu bagi akak jalan sorang-sorang. Kalau saya lah kak, saya tak akan bagi" ucap Zulaikha lagi
"Itu kalau awak dik oi..Ini kan Danial Hakim. Apa dia heran..." jawab nya sinis. Hampir sahaja dia membuka pekong didadanya, tetapi sempat dikalis dengan gurauan..
"Biasalah dik, abang akak tu always busy, sampaikan waktu makan akak dengan dia pun asyik lah dengan PDA dia tu.."
"La..ye ke kak? kesian kat akak"
Wisyah ketawa sendirian, lalu dia meminta diri untuk segera pulang.
"Okeylah dik, akak nak pergi bayar barang-barang ni, nanti terlambat pulak akak balik. Abang Danial mesti marah. Faham-faham je lah, akak balik ni nak masak lagi.."
"Yelah kak. Jaga diri baik-baik. Kirim salam kat abang." ucap Zulaikha mengakhiri perbualan.
Berdebar jantung Wisyah saat dia mengatur langkah. Apalah dosa nya, hingga kan dia terpaksa untuk menipu. Hakikatnya hidup dia tidak sebahagia yang mereka sangkakan. Matahari yang diharapkan, mendung kelabu muncul dibalik awan.

2 comments: