Hidayah Izati seorang insan yang biasa-biasa sahaja. Dia seorang penulis yang baru sahaja berjinak-jinak dengan dunia penulisan. Sedar tak sedar, Hidayah Izati dan S.N.Hidayah Haron adalah orang yang sama.
Mengapa menggunakan nama pena yang berlainan? Kerana penulis bertapak di bawah 2 rumah penerbitan. Apa pun atau siapa pun nama pena penulis, itu bukan menjadi satu masalah kerana niat penulis tetap sama. Ingin menjalin ukhwah buat semua pembaca-pembaca sekalian.
Untuk pengetahuan semua, Hidayah Izati sudah pun mempunyai satu karya sulungnya di bawah rumah penerbitan Fajar Pakeer. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Dengan mengambil kisah-kisah yang berlaku disekelilingnya, Hidayah Izati membawakan kisah kekeluargaan serta kasih-sayang. Cinta seorang saudara baru terhadap seorang ibu tunggal, berjaya membuka mata masyarakat sekeliling bertapa tingginya darjat seorang wanita yang mampu Simon (hero) tonjolkan dengan menjadikan Fatiha (heroin aka ibu tunggal) sebagai Cinta Peribadinya.
Sinopsis :-
Simon dan Fatiha, mereka datang dari dunia yang
berbeza. Berbeza dari segi agamanya, statusnya, juga cerita kehidupannya.
Fatiha, seorang wanita yang berhadapan dengan kebencian ibu mertuanya. Mencari
pelindung di saat suaminya meninggal dunia dan dia, disahkan mengandung sulung.
Simon, seorang lelaki yang berkarisma tinggi, komited di dalam kerjayanya
tetapi gagal dalam percintaan. Kegagalannya membuatkan dia bangkit mencari Nur
Illahi.
Mereka bertemu di bawah satu bumbung. Jelas,
pandangan pertama membuatkan Simon jatuh hati. Lahirnya Rafiq, memberikan Simon
peluang mendekati Fatiha, si ibunya. Malangnya, si ibu mendiamkan diri setelah
lamaran dibuat ke atasnya.
“Awak ambillah seberapa banyak masa yang awak
perlukan, saya akan tunggu,” – Simon
Sampai bila Fatiha boleh berdiam? Selama mana Fatiha
mampu untuk menahan? Akhirnya dia terpaksa melakukan sesuatu.
“Tak tahu macam mana nak fikir. Diana ada bagi suggestion, tapi masih fikir lagi,” –
Fatiha
“Cadangan apa? Mana tahu saya boleh bantu.” – Simon
“Dia suruh saya cari suami baru, tapi saya mana ada
calon. Mr. Simon nak jadi calon suami saya tak?” – Fatiha
Perkahwinan yang diikat atas dasar ingin mencari
pelindung, bertukar jadi lain. Siapa tahan, hari-hari menghadap si mata sepet,
mendegar suara romantisnya, layanannya, akhirnya Fatiha menyerah. Simon
mengangkat dirinya terlalu tinggi, sehingga cintanya juga dipandang terlalu
peribadi. Dapatkah Simon bertahan dengan cinta peribadinya? Bagaimana pula
Joanne, yang datang menagih cinta lama? Zulaikha? Yang memendam rasa
terhadapnya.. Yang pasti, kisah cinta mereka terlalu peribadi untuk dikongsi...
Sedikit Teaser buat mereka yang belum memiliki 'Dia Cinta Peribadi'
Cik Penulis belanja pula muka Cik Penulis ini sewaktu Cik Penulis berada dipejabat Penerbitan Fajar Pakeer...
No comments:
Post a Comment