Genap dua bulan sudah, Mya menjadi isteri Zaliff.
Hubungan Zaliff dan Mya masih seperti dulu, walaupun Zaliff dan Fazzy tidak
lagi bersama, pernah juga Mya terserempak dengan mereka berdua, tetapi
keadaannya amat berbeza dan situasinya
agak tegang juga. Malas rasanya untuk dia memikirkan tentang mereka. Apa yang
terjadi, tidak ingin lagi Mya ambil tahu.
Melangkah keluar dari Klinik Keluarga, Mya jadi
bisu. Dia sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dia katakan. Telahannya benar
belaka. Sehebat itu Allah mengujinya. Sekuat mana pula untuk dia menghadapinya?
Ya Tuhan.
Telefon di dalam beg tangannya di seluk. Nombor
telefon milik Sara di dail.
“Sara”
“Hai
beb, dah lewat ini tak masuk pejabat lagi ke?” Sara yang menyoalnya terlebih
dulu.
“Sara,
aku mc hari ini. Badan aku rasa letih
sangat. Aku demam.”
“La
ye ke? Kau dah pergi klinik ke belum?”
“Dah.
Baru keluar dari Klinik. Doktor beri aku mc
hari ini. Sorry eh beb?”
“Okey
dear. Nanti apa-apa hal aku update kau.”
“Okey.
Thanks Sara.”
“Most welcome dear. Take care yourself.”
“You too”
Mya masih termenung, selepas talian telefon di
matikan. Terasa menggigil pula kakinya untuk menekan pedal minyak. Wajahnya pucat lesi, telapak
tangannya mulai berpeluh dan sejuk, seolah-olah dia mengenggam ketulan ais.
Hendak memaut stereng pun dia rasa tidak larat.
Melalui lebuhraya sprint, Mya memandu pulang dari
Klinik Keluarga, berhampiran Menara Datuk Amri tempat dia bekerja. Selepas
Doktor Aini memberikan dia cuti sakit, dia segera pulang semula ke kediamannya
di Taman Tun Dr Ismail.
‘Apa mamat bengkak itu buat? Kereta dia rosak ke?’
soal Mya apabila dia terlihat Zaliff memberhentikan gajah hitamnya di tepi
jalan berdekatan Sungai Penchala.
‘Buat tak nampak sudah.’ Ujarnya lagi. Sengaja dia
memandang ke arah sebelah kanan, berpura-pura bahawa dia tidak perasan akan
situasi tersebut. Melepasi gajah hitam milik Zaliff, tiba-tiba telefon
bimbitnya berbunyi.
‘Aik? Apa pasal mamat bengkak ini call aku? Dia nampak aku lalu ke?’
‘Nak jawab ke tak erk?’ dia berkira-kira sama ada
ingin menjawab atau pun tidak.
‘Biar aje lah. Biar dia rasa sakit, macam mana aku
rasa sakit sekarang ini, bila teringat apa yang dia buat pada aku dulu.’
Kenapa
tak jawab phone? Soal Zaliff. Kali ini sms pula yang di
hantar.
‘Aku nak jawab apa ini?’ soal Mya sendiri.
‘Nak kena marah ke, nak puaskan hati?’ dia masih
lagi begitu. Baginya, untuk dia memuaskan hati, dia akan terus memandu tanpa
memperdulikan mamat bengkak itu, tetapi kalau dia berpatah balik semula, sama
sahaja mamat bengkak itu akan tetap memarahinya. Tiada bezanya, pakej yang
bakal dia terima dua dalam satu. Puaskan hati, balik rumah nanti pastinya kena
marah, dan buat baik, ikut cakap mamat bengkak itu pun kena marah juga. Hai la
nasib. Kenapalah Asmyaliana terjebak dengan hidup Zaliff erk? Bilalah nak
selesai agaknya kemelut yang dia hadapi.
Dengan rasa berat hati, Mya membuat pusingan U.
Kenalah hadapinya juga.
‘Kena marah pun kena marahlah.’ Omel mulutnya.
“Kenapa
aku call tak jawab?” soal Zaliff
sebaik sahaja kuda putih milik Mya berhenti di tepi jalan.
“Bateri
dah nak kong. Lagi pun…”
“Lagi
pun apa? Kau sengajakan buat-buat tak nampak. Padahal kau nampak aku dekat
sini, tapi kau saja aje biar aku terjerit-jerit macam orang gila panggil kau
kan? lepas itu kau lalu, buat bodoh aje.” Kan dah cakap, tolong kena marah. Tak
tolong pun kena marah juga.
“Astaghfirullahhalazim,
tak baik awak tuduh saya macam itu. Awak ingat saya ini macam awak ke zalim
sangat?”
“Aku?
Zalim? Kau cerita dekat aku sekarang ‘tang’ mana yang aku zalim sangat dengan
kau. Aku rasa aku banyak tolong kau ‘kot’? Tayar kau bocor siapa yang tolong
betulkan? Kerja-kerja kau siapa yang tolong settle
bila kau cuti? Ini yang kau cakap aku zalim? Memang tak patutlah
sangat-sangatkan.”
“Ya!
Awak memang zalim Zaliff. Awak dah musnahkan masa depan saya. Awak dah heret
saya masuk dunia awak hinggakan saya rasa berdosa pada Kak Nat sepanjang hidup
saya. Dan sekarang, saya terpaksa kandungkan benih awak pula. Dosa apa yang
saya buat hingga begini sekali dugaan yang perlu saya hadapi? Awak ingat saya
tidak rasa tersiksa? Awak ingat saya tidak rasa terbeban? Trauma? Saya dah
macam orang sakit jiwa Zaliff. Cukuplah Zaliff, saya dah rasa cukup-cukup
menderita di sebabkan awak. Tolonglah jangan seksa hidup saya lagi.” rayu Mya.
“Apa
maksud kau, bila kau terpaksa kandungkan benih aku?” Zaliff memohon penjelasan.
“Saya
tidak rasa yang awak ini bodoh, dan tak faham apa yang saya katakan.” Ungkapan
yang menyakitkan hati Zaliff.
“Kau
mengandung? Macam mana kau tahu?” apa punya soalanlah. Tahap sengal dia memang
terserlah. Tak akanlah Mya ini bodoh tahap cipan, tak tahu nak pergi klinik
untuk buat check up. Apa pun tak
tahu…
“Saya
rasa saya tak perlu terangkan pada awak secara mendalam sangatlah. Sekarang
ini, nak tunggu apa lagi dekat tepi jalan ini?”
“Sekejap
lagi towing sampai ambil kereta aku,
nak bawa pergi bengkel.”
“Nak
tunggu dekat sini ke? Berapa lama lagi?”
“Sekejap
ajelah. Membebel aje. Kalau tak tahan panas duduk dalam kereta itu diam-diam.”
“Saya
nak baliklah. Badan rasa tidak sedap. Kepala saya pusing sikit.” Malas mahu
melayan kerenah Zaliff, lagi pun Mya terasa hendak pitam.
“Tunggulah
sekejap. Tidak akan aku nak tinggalkan kereta aku dekat sini aje? Kau ini pun,
agak-agaklah.”
Mya melangkah masuk ke dalam kereta. Hanya beberapa
langkah sahaja, Mya terasa bagai berada di awang-awangan dan..
“Mya!”
jerit Zaliff. Nasib baik lelaki itu sempat menyambut tubuh Mya yang hampir
sahaja menyembah bumi.
“Mya,
kau jangan takutkan aku Mya. Mya..o..Mya..” panggil zaliff. Mya betul-betul
tidak sedarkan diri. Zaliff jadi panic.
‘Apa aku nak buat ini?’ soalnya. Apa punya
sengallah, angkatlah Mya itu masuk dalam kereta. Itu pun nak kena ajar ke?
Kedengaran suara mengusik.
‘Haah erk? Apalah yang susah sangat nak fikir?’
Badan Mya di cempung dan di baringkan di sebelah
pemandu. Dalam pada Zaliff kalut, lori penunda pun sampai.