Andai benar kita suka, pasti kita mengutamakannya.. Andai benar kita kasih, kita takkan biarkan dia tersisih, Jika benar kita sayang, kita takkan benarkan dia hilang...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 21 April 2013

S.N Hidayah Haron


Alhamdulillah.... 
agak lama juga menyepi dari meng'update' blog ini. Apa pun saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih memberi saya nafas untuk meneruskan langkah dalam menghasilkan karya-karya baru.
berita terbaru???? ha..cuba korang teka.......
sebenarnya setelah agak lama saya menanti, akhirnya karya sulung saya, hasil idea saya yang saya ilhamkan dari kisah-kisah kehidupan di sekeliling kita telah pun lahir dalam bentuk Novel. waktu pihak penulisan2u memberikan jawapan setuju untuk menerbitkan karya saya, Ya Allah swt....saya rasa sangat-sangat gembira, manik jernih milik saya jatuh satu-persatu disebabkan usaha saya berhasil juga. Cita-cita saya untuk menjadi seorang penulis terlaksana jua. 
Saya masih baru di dalam bidang penulisan, jadi saya perlukan sokongan rakan-rakan semua untuk memberikan suntikan semangat dan tunjuk ajar.
Terima kasih buat Syarikat penerbitan Karya seni dan Penulisan2u kerana memberi saya peluang untuk menjadi seorang penulis..
Nama pena? ya, saya menggunakan nama saya yang asal, cuma saya "short form" Siti Noor itu kepada S.N disebabkan nama saya terlalu panjang. Apa pun nama itu cukup-cukup bertuah bagi saya. Terima kasih buat abah dan ibu saya yang tak pernah putus memberikan sokongan untuk saya terus dan terus melangkah dalam bidang penulisan. Buat suami saya yang sangat-sangat saya sayangi dan cintai, terima kasih sebab memahami keinginan saya. buat anak-anak saya, yang juga sumber inspirasi saya thanks a lot hero-hero ku sebab selalu beri mama kesempatan untuk menaip walaupun sekejap.... tak lupa juga buat keluarga mentua saya terima kasih sebab bagi support pada Mak teh.. chaiyokkk.... Mak teh sayang korang semua. Buat Allahyarhamah adik ipar saya, Mak Teh dan keluarga doakan Mak Na sentiasa di cucuri Rahmat dan Ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.....
kawan-kawan saya semua, terima kasih sebab bagi sokongan padu pada saya.... sayang korang semua..... 3S tetap terpahat di hati...... (Sue, Siti,Syeli)

teruskan mengikuti perkembangan saya di mana-mana jua anda berada..hahahaha..... InsyaAllah selepas 'Takdir Buat Q' akan ada lagi karya yang menyusul... doa kan saya terus bekarya untuk anda semua....


S.N Hidayah Haron